Kisah Sebenar Hadith Al-Bukhari



(Apakah Mazhab Imam Bukhari)

1. Di Malaysia ramai orang menganggap Imam Bukhari hanya ulamak dalam bidang hadith.Sebenarnya beliau bukan sahaja ulamak di dalam bidang hadith, akan tetapi beliau juga merupakan ulamak yang besar  dalam bidang fiqh.

2. Apakah mazhab imam bukhari? Adakah beliau bermazhab syafie,hanafi atau sebaliknya? Jika kita buka thabaqat syafieyah dan lain lain. Keempat empat mazhab mendakwa Imam Bukhari bermazhab dengan mazhab mereka. Imam Bukhari beliau merupakan jaguh dalam bidang fiqh dan hadis sehingga menjadi rebutan diantara mazhab.

3. Imam Bukhari merupakan seorang mujtahid mutlak. Beliau tidak bertaqlid kepada mana mana mazhab. Beliau merupakan seorang mujtahid yang boleh istinbat hukum sendiri dari Al Quran dan sunnah.

4. Kitab-kitab yang membahaskan tentang fiqh imam bukhari ialah Kitab الأبواب والتراجم لصحيح البخاري karangan Maulana Zakaria Kandahlawi, Kitab  فيض الباري على صحيح البخاري
karangan Maulana Anwar Shah Kashmiri dan lain lain.

5.  Di manakah kita dapat melihat fiqh imam bukhari? Fiqh Imam Bukhari kita dapat ketahui melalui turjamatul bab yang diletakkan oleh Imam Bukhari di dalam Kitab Sahih Bukhari. Di Malaysia ramai orang mengajar sahih bukhari,tetapi tidak ramai yang meneliti perbahasan fiqh imam bukhari di dalam kitab tersebut.

6. Untuk mengetahui fiqh imam bukhari di dalam sahih bukhari, perlu baca dan talaqi kitab Al Abwab Wal Tarajim terlebih dahulu baru kita akan faham tentang keindahan fiqh imam bukhari di dalam sahih bukhari . Insyaallah selepas ini kami akan kongsikan lagi mengenai fiqh imam bukhari di sini insyaallah.

(Manfaat dari talaqi hadith bersama TG Maulana Fakhrurrazi)

Comments

Popular Posts