Friday, December 9, 2016

Rahsia 45 Tahun Business Laksa



RAHSIA BISNES LAKSA BERTAHAN 45 TAHUN

Sambungan...(rujuk posting sebelum ini)

Abang Manap mula berniaga laksa sejak 1971. Tahun ini genap 45 tahun beliau berniaga.

Saya sempat korek rahsia beliau bertahan selama 45 tahun. Abang Manap kongsikan 7 tips dengan saya 

1. SEDEKAH setiap hari walaupun serendah 5 kupang (50 sen). Jangan tinggal walau sehari. Sedekah kepada masjid, kanak-kanak atau sesiapa saja. Janji niat sedekah. 

Umpama rumah terbakar. Air sebaldi tak cukup untuk padamkan api. Sedekah seperti simbah air berbaldi-baldi. Sedekah akan sejukkan bisnes kita.

NOTA : Hampir semua usahawan berjaya yang saya jumpa letakkan sedekah sebagai priority

2. CASHFLOW penting. Ini nyawa bisnes. Pemilik bisnes perlu tahu duit keluar masuk syarikat. Berapa hutang semasa syarikat. Jangan ambil sambil lewa bab cashflow.

3. JANGAN campur duit bisnes dari sumber yang tidak baik. Duit riba, rasuah, tipu dan seangkatan dengannya. Duit yang tidak berkat tidak kekal lama.

Percaya pada rezeki Allah. Biar sikit asalkan melekat dan berkat.

4. BELI ASET. Duit untung berniaga, asingkan sedikit untuk beli aset syarikat atau individu. 

Abang Manap berkongsi dengan saya beliau memiliki 25 relong tanah yang dibeli hasil untung bisnes. 2 relong = 3 ekar (tuan-tuan boleh kira berapa ekar tanah beliau)

Beliau juga membina kilang membuat laksa sendiri bernilai RM500K

5. WARISKAN bisnes pada anak-anak tetapi jangan paksa. Kalau depa tak minat takpa.

Anak-anak berkuli dahulu. Bayar gaji macam pekerja biasa. Apabila mereka sudah bersedia, biar mereka uruskan bisnes sendiri. 4 orang anak abang Manap berniaga laksa.

6. CASH ON CASH RETURN. Kita keluarkan modal, berapa lama untuk dapat balik modal dan profit. Lagi cepat COCR lagi bagus.

Meniaga laksa tidak sampai 24 jam. Pukul 6.30 pagi keluar modal. 10 malam sudah dapat untung. COCR dalam masa sehari

7. GROW ORGANICALLY. Selama 45 tahun berniaga, abang Manap tidak pernah membuat pinjaman atau mendapat bantuan.

Duit untung berniaga lah yang digunakan untuk kembangkan bisnes. Buat pinjaman kena bayar faedah. Rugi. Biar lambat berkembang asalkan kekal lama.

Saya kata "abang Manap meniaga makan seronok noh"

Terus beliau pintas..."aishh jangan, ni betoi2 titik peloh. Dari pagi sampai la ni berdiri macam nak putuih pinggang. Mencabaq"

"Berniaga online lagi syok..tak guna kedrat macam kami. Hangpa la ni untung. Dah buleh bisnes online. Pulun habih2"

2 mangkuk laksa habis. Lalu saya mintak abang Manap bungkuskan 4 bekas untuk bawak balik...beliau menolak note 50 yang saya hulurkan.

sumber : fauzi ahmad