Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Monday, October 31, 2016

Ujian Allah



"Kita tak fikir.

Kadang Allah uji bukan sebab kita buat dosa sebesar dunia. Mungkin subuh terlewat 30 minit. Mungkin solat zohor di awal waktu namun kepala ligat fikir kunci motosikal letak di mana. 

Mungkin solat asar di hujung waktu hampir bercantum solat maghrib. Mungkin solat magrib dengan kain baju kotor dan busuk. Mungkin lepas solat isyak terus gumpal telekung malas nak lipat.

Kecil pada kita belum tentu kecil pada Allah. Dia Maha Adil. Neraca-Nya seimbang. Penilitian-Nya halus.

Kita? Mahluk paling cuai. Makhluk paling sambil lewa," ujar Abang Bikai. 

Terus jiwa ini terasa zaasss. Macam kena simbah asid. Pedih...

Sebab apa?

-- Ada yang terbuat la tuw. Dah peka, it is time to move on upgrade ourselves better. 

Maka, elak salahkan orang lain atau sibuk duk question kat Tuhan mengapa rezeki sendiri sempit. Kerana diri sendiri yang menjadi punca ia sempit dan bocor. 

No comments:

Post a Comment