Teknik Nak Score Karangan BI UPSR


WHY YOU NEED TO FORCE YOURSELF TO DO GOOD STUFF,

and bila tak mampu paksa diri sendiri, cari orang yang boleh PAKSA on behalf.

Hari Jumaat yang indah ni, Put nak share cerita sikit. Cerita ni memang kalau Put kenang-kenang, macam - this is me. I can be that kid again. Cewah. Ala2 self-motivation la sikit...

Masa sekolah rendah, masa darjah enam, kitorang satu family baru pindah ke sekolah baru. Sebelum ni kat sekolah lama, aku lah hero (haha!). Math pandai, BM pandai, BI pandai - pendekata Anugerah Pelajar Cemerlang tu semua anugerah Put bolot la kira. Takat naik stage amik anugerah pastu kena terkocoh lari semula ke tangga nak naik tu dah biasa dah. Kadang-kadang terfikir jugak kenapa diorang ni tak announce sekali semua je ek, tapi ok jugak announce banyak-banyak kali kot. Kasi motivation kat penerima anugerah, plus glemer gitu. 😂

Bila pindah sekolah baru, ku sangka panas hingga ke petang...rupanya?

Ujian Bahasa Inggeris pertama, dapat gred C. Dari tak pernah cuak nak tunjuk report kad, terus tersontot-sontot nak mintak sign mak ayah.

Tengok karangan bergambar sebelah belakang yang kena compare and contrast options tu (nak ambik sukan memanah ke berenang, beli pakej A ke pakej B, etc) ya rabbi, punya buruk ayat, Teacher siap kasi markah telur ayam. Orang cakap from zero to hero. Ni terbalek dah ceritanya. Huhu

Yang buat karangan ikut gambar lagi melampau. Tulis sikit punya panjang tapi markah 1 je. Markah kesian barangkali, hehe

Put pun, of kos tak puas hati dan bengang. Ape kes ni takkan ttbe pindah sekolah trus jadi bodoh plak? ish, bengang bengang.

So....

Kita jumpa la teacher....

Tak ingat sangat apa yang Put tanya kat teacher tu and apa jawapan dia, tapi Put ingat lagi lepas tu Teacher suruh Put tulis ayat-ayat standard karangan berulang kali. Salin banyak kali sampai nak muntah.

Tapi tak bagitau kenapa. Ceh. So kita yang darjah 6 baru-baru nak baligh ni, of kos nak rebel?

Mula-mula tulis la jugak, tapi bila tangan dah lenguh and penat, mula la kepala otak rasa stress and pikir "whats the point of all this sebenarnya?" - ha amik, kat luar English dapat C, dalam monolog dalaman English perfecto mucho hahahaha

So Put tinggalkan. Tak siapkan pon.

Esoknya Teacher check tak siap, dia denda tulis semula semua...and more.

Ulang2 sampai la Put give up nak rebel and maki Teacher tu, buat je ape dia suruh. Dalam senyap rebel, tapi sebab taknak dapat lagi banyak, buat je lah. Hehe.

Ulanglah aktiviti tuuuu sampai lah ujian semula.

Surprisingly next test, Put rasa lebih senang nak tulis karangan sebab ayat-ayat yang dia suruh tulis ulang2 tu, structurenya lebih kurang sama dengan apa yang Put nak tulis. Tinggal tukar sikit-sikit grammar, nama orang, nama benda ikut soalan test sekarang. The rest, lajuu je tangan tulis. Dah terbiasa kot?

Hasilnya, gred naik. Dari C, jadi B.

😚😚

Lepas tu, Put sendiri plak jadi kiasu. Aku nak A! So Put jumpa Teacher tu untuk buat perjanjian "Saya tulis extra essay, teacher tolong mark, boleh?"

Volunteer. Kalau hari ni kat Sime Darby, sikap macam ni diorang panggil "proactiveness", tapi dulu Put cuma tau kalau dah tulis beratus2 ayat sama pun baru naik gred B JE, kena buat something else untuk dapat gred A.

Berpuluh essays Put tulis di luar waktu sekolah, and berpuluh essays jugak Teacher tu tanda, kasi komen, betulkan kesalahan grammar (yang sama), tukar buku, tanda lagi...

sampai akhirnya Bahasa Inggeris UPSR Put dapat Gred A.

Yahooo!!

Gembira? Mestilah. Of kos. Kira dapat ulang-ulang naik pentas ambik anugerah tu kira kejayaan kot masa tu, hehe.

Itu lah kisah Put. Kecik2 dah kiasu, korang cakap? Tu la aku pun pikir benda yg sama, and pikir camne seyh nak kasi anak2 sendiri pun ada semangat gini 😂😂

Apa pointnya Put cerita kat sini?

PERTAMA; Benda baik, kadang-kadang kita tak nampak and tak perasan SO KENA PAKSA. Contohnya nak pakai tudung ke nak solat awal waktu ke nak rajin membaca ke, kalau semua ni bukan benda yang kita normally buat, secara logiknya kita akan rasa susah. Padahal baik kot pakai tudung, solat awal, membaca, menabung semua tu? Paksa diri untuk mula.

Contoh yang Put selalu berikan pada downlines Put yang nak mulakan bisnes Shaklee pun sama - "update blog, update FB sepuluh kali"  and responnya? "Susah lah kak Put".

Memang susah dik. Sebab tu akak tolong PAKSA. Korang cuma kena buat je, rebel jangan la banyak sangat ya... hehe

KEDUA; Jangan mudah berpuas hati

Lepas Put naik markah B, patutnya boleh je berpuas hati. Teacher pun acually dah tak paksa suruh tulis ayat berulang-ulang pun. Dah patutnya boleh chillex je.

Tapi, the BEST adalah gred A, so why settle for second best?

Jangan cepat complacent with small success when you can achieve much much more.

Dalam apa jugak yang kita buat, bila dah dapat gred B, jangan berhenti dan teragak-agak nak spend effort untuk "tulis essays" supaya kita layak dapat A.

Okay?

Selamat hari jumaat semua. Put doakan korang sentiasa PAKSA diri untuk jadi lebih baik dari semalam, dan dari diri korang 1 jam yang lalu.

PAKSA diri untuk jadi cemerlang - kita semua ada ciptaan gred A😊



Comments

Popular Posts