Thursday, October 20, 2016

Masa Susah Nak Cari Siapa


Orang kata, bila kita dilanda susah, masa tu lah kita nak kenal siapa sebenarnya kawan kita...

Hakikatnya, masa kita susahlah kita kenal siapa diri kita dan sejauh mana hubungan kita dengan Tuhan.

Masa susah kita cari siapa? Cari kawan atau cari Tuhan?

Bila susah dah kita mula judge kawan2 kita "Dia ni kawan sebenar" "Dia ni kawan masa senang je" "Dia ni kawan macam ni" "Dia ni kawan macam tu".... Maka sebenarnya kita dah mula mula disibukkan dgn urusan berprasangka.

Masa susah orang tak pandang, masa inilah Tuhan sedang tarik perhatian kita.

Susah cari Tuhan dulu.


sumber :  lyna noh