Monday, October 24, 2016

Bertabahalah Bila Berniaga



Artis jual produk kurang berkesan kat kau, kau diam tak komplen.
Kawan kau jual produk kurang berkesan kat kau, kau mintak refund siap viralkan di fb.

Guardian jual produk cuci muka import tak ada tanda halal dan kkm, kau beli tak bising dan pakai tanpa was-was.
Kawan kau jual produk lambat dapat halal dan kkm, kau kata produk kawan kau tak berkualiti dan tak bagus malah rasa was-was walaupun kau tau kawan kau tu Islam.

Ayam Kefsi seketul RM4 kau kata murah. Jual satu set kentang, ayam, air RM6.90 kau kata berbaloi.
Kawan kau jual ayam goreng tepung RM3 seketul kau kata mahal.

Kedai Torchlight Nasi Kandar jual nasi, ayam goreng, kuah kari caj kau RM7 kau kata murah dan bayar tanpa komplen.
Kawan kau jual nasi, ayam goreng, sayur, kuah caj kau RM6 kau kata dia jual mahal macam nak naik haji cepat.

Bertabahlah wahai sahabat bila berniaga di Malaysia. huhuhuhuhu

sumber : Hafiz Mansor