Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Monday, October 17, 2016

Bersyukurlah Jika Ada KAKI !!!

Selesai sembahyang Jumaat, kelihatan seorang pemuda memaki hamun dengan suara yang kuat kerana kehilangan sepasang kasut lalu keluar dari masjid dengan perasaan yang marah. Selang beberapa lama, tiba-tiba pemuda itu kembali semula ke masjid dan terus sembahyang dan sujud dengan lamanya.
Peristiwa itu menarik perhatian pengawal masjid lalu bertanya:

"Tadi saya lihat tuan sangat marah kerana kehilangan kasut.
Mengapa tiba-tiba kembali semula ke masjid untuk sembahyang sunat dan sujud dengan lamanya?"

Pemuda itu diam dan kemudiannya menjawab: "Tadi selepas aku keluar dari masjid dengan perasaan sangat marah kerana kehilangan kasut baruku sempena hadiah perkahwinanku sehinggalah aku sampai di persimpangan jalan, tiba-tiba melintas seorang remaja di hadapanku dengan mengayuh basikal dalam keadaan yang riang-ria dan aku bertambah terkedu kerana dia mengayuh basikal hanya menggunakan tangan. Aku merasa malu dengan Allah kerana kemarahan aku hanyalah kehilangan kasut tapi aku masih mempunyai sepasang kaki untuk berjalan sedangkan remaja itu masih boleh bergembira dengan mengayuh basikal walaupun tidak mempunyai kaki!"

Diambil kisahnya dari majlis ilmu Tuan Guru Muhammad Dhiyauddin Kushwandhi.

-ARAZ-

No comments:

Post a Comment