Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Monday, August 29, 2016


'Uqasha Senrose, ini hadiah dariku, seorang lelaki yang imannya turun naik sama sepertimu'

Dulu, sewaktu saya dijemput untuk sebuah event untuk bacakan doa, awak ada sama dalam majlis itu. Tetapi awak tiba lewat, awak bersama rakan-rakan artis yang lain.

Awak cantik sangat malam tu. Tak berkelip mata lelaki yang terlihat awak. Berpakaian cantik dan bertudung cantik. Kehijauan penuh. Tertutup dari atas sampai bawah. Warna2 syurga dapat saya perincikan kalau nak ikut hadis Nabi.

Saya terus sahaja tundukkan pandangan. Iyalah, ustazkan. Ececeh. Tapi hati saya kerap sahaja terasa nak terdongak melihat awak. Saya tahu saya salah. Sepatutnya saya beristighfar. Terbalik jadinya. Ha2. Itulah powernya wanita buat laki-laki.

Umur kita sama Uqasha. Tapi mungkin dunia kita berbeda, lagu Tetap Dalam Jiwa, Isyana Sarasvati.

Ya, hidup kita berbeda Uqasha. Saya jauh dibumi dan awak pula tinggi di langit.

Namun awak tahu apa?

Tak pernah sekali pun saya fikir yang kita takkan bertemu. Saya yakin kita pasti bertemu meskipun dunia kita berbeda kini.

Nak tahu sebab apa?

Sebab awak punyai agama yang sama saya miliki kini.

Uqasha, bila awak tercari-cari akan hidayah Allah swt disaat dulu awak diuji, itu mungkin sebenarnya 'The right time' yang mana kami seluruh rakyat Malaysia tahu, itu sepatutnya menjadi turning point untuk awak.

Awak berhijrah dengan mengenakan tudung. Meskipun sampai dinihari tak pernah sempurna, tapi awak kekal istiqomah.

Uqasha, baca ni.

'Saya berikan pujian dan penghormatan pada awak khas dari saya sendiri sebagai seorang lelaki apatah lagi seorang yang berstatus ustaz.'

Uqasha, terima kasih untuk hidayah Allah swt yang telah sampai pada hati awak dan awak terima baik dengannya.

3 tahun lebih, dan awak masih istiqomah.

Saya puji ni, Uqasha. Saya puji kerana kita telah sama kini.

Kita telah letakkan penganggungan syariat Allah swt dalam diri kita semata untuk tunaikan perintah Allah swt.

Kita sama kini Uqasha. Tiada beza saya seorang ustaz dan awak seorang selebriti, selagi kita dua tahu yang mana patut kita agungkan dalam hidup kita.

Syariat Allah swt, that's it. Itu yang patut kita agungkan sampai kita mati nanti Uqasha sebagai seorang Islam.

Namun saya faham.

Kehidupan awak jauh diufuk awanan nun tinggi dilangit sana. Awak hidup dilangit bersama bintang2 yang memagari hanya bulan. Makna kata kehidupan yang 'Exclusive'. Kehidupan awak serba cantik diatas sana. Kehidupan saya pula hanya sahaja membumi ditanah gersang ini. Kadang2 mendongak juga keatas melihat kehidupan awak dan bintang2 yang lain.

'Mungkin saya tidak punya apa-apa melainkan titipan sebuah doa untuk mereka-mereka yang diatas' berkata saya saat mendongak itu.

Alhamdulillah, Allah makbulkannya Uqasha dan salah seorang lagi yang terpilih ialah awak.

Hari ni, awak sudi memandang ke bumi, tempat saya melihat awak.

Saya sedang berbicara dengan awak kini,
maka dengarkanlah dan fahamkan ini:

1. Kecaman manusia
2. Fitnah manusia
3. Cakap belakang manusia
4. Dengki & cemburu manusia

Ni semua ujian Allah untuk kita, Uqasha.

Saya tahu awak perempuan, awak cepat rasa tak mampu menanganinya seorang diri walaupun Allah dah bagitahu yang dia uji takkan lebih dari kemampuan hamba Dia.

Saya hadir malam ini Uqasha, berikan awak satu harapan baru untuk ubah cara hidup awak sendiri. Bukan ubah siapa awak. Itu.

Cuma saya minta, awak tanamkanlah 'Tekad'. Itu sahaja Uqasha ya.

Pertama, untuk istiqomah ialah suasana. Awak tak nak dilabel munafik, pura-pura, dah lah pakai tudung tapi kerja berlakon, mungkin ada scene peluk sana dan sini, pegang sana sini, awak tak nak dikecam. Awak risaukan hal itu. Ya, saya faham. Jadi, malam ini saya minta awak ubah suasana awak berkawan. Jangan putus kawan dengan siapa2 kini, tapi buat tambahan baru. Saya syorkan, kenal dengan mereka ini, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Felixia Yeap, Irma Hasmie, Safiey Ilias, sertai usrah bersama dengan mereka dan ustazah seperti ustazah Norhafizah Musa atau ustazah Isfadiah contohnya.

Bukakan pintu hati awak untuk pergi usrah, at least 1 jam dalam 23 jam yang telah awak gunakan untuk kerja.

Kedua, awak perlu tegas dan kuat dengan pilihan awak untuk menutup aurat. Sebab itu saya 2-3 kali juga tweet Mira Filzah, mengingatkan dia yang dunia hiburan dengan perwatakan muslimah yang dia nak bawa adalah satu benda yang sangat susah dalam dunia hiburan sebenarnya, semuanya disebabkan 4 faktor yang saya sebutkan kat atas tu.

Ketiga, awak bersabarlah. Setiap cemuhan, fitnah, kecaman yang tidak bersudah itu adalah tanda Allah nak lihat, sejauh mana awak berani atau sanggup letakkan harapan pada Allah. Itu sahaja sebenarnya. Allah nak lihat. Awak bergantung tak betul2 pada-Nya. Awak bulat tak hati untuk-Nya. Awak betul tak bersungguh nak tutup aurat demi-Nya.

Nah, lihat, saya dah bukakan pintu fikiran awak dari sisi yang baru.

Renungkan dengan cuba jawabnya sendiri.

Kuasa ditangan awak Uqasha, Celcom-X Pax. #eh

Bila awak dah ada 'Suasana', kemudian awak 'Tegas' dengan pilihan awak. Awak pasti akan akan mampu 'Sabar' dengan sendirinya.

Nak tahu kenapa?

Kerana Allah swt telah berfirman:

'Sesungguhnya Dia bersama orang-orang yang bersabar.'

Surah Al Anfaal ayat 46. Dia bersama dengan Uqasha. Kalau Allah nak buka pintu rahmat Dia untuk Uqasha, tiada satu makhluk pun di alam semesta ini dapat menghalangnya. Ingat kata-kata saya ini.

Uqasha, selepas saya buat coretan ini, saya akan kembali sibuk memakmurkan manusia dibumi, saya tinggalkan nota ini untuk awak dan rakan-rakan yang dilangit.

Kita mungkin jarang atau takkan bertemu didunia ni sebab kita jauh antara satu sama lain, tapi saya tahu saya akan jumpa awak disyurga, mungkin rumah awak disebelah rumah isteri2 Nabi Muhammad saw sahaja.

Siapa tahu?

Saya mungkin akan tersenyum bila melihat awak saat itu, kerana dakwah saya hanya dari beberapa baris perkataan dari applikasi alam maya. Membuatkan awak terpanggil untuk jadi lebih baik dan cubalah untuk cari kunci pintu hati adik awak juga, ajak dia, bersama dengan dia, tunjukkan sayang awak sebagai seorang kakak yang nakkan adik dia turut sama2 ke syurga-Nya.

Sampaikan salam dan doa saya untuk dia, Nelydia Senrose, dengan lafaz 'Assalammu'alaikum'.

Malam ini, malam istimewa coretan khas saya untuk awak, ingat tarikh ni, Isnin, 29/8/2016, jam 10 malam.

Itu waktu untuk kita berdua imbas kembali disyurga nanti.

Ikhlas, Da'i Wan.

sumber: Da'i Wan

Saturday, August 27, 2016



KEPADA SEMUA BOSS

Teruskan usaha anda dalam berbisnes, bantu orang dengan ikhlas. Kesat air mata mu dan teruskan perjuanganmu. Biar seribu orang tak faham dengan anda. Asalkan anda percaya pada diri anda sendiri dan anda BOLEH.

Ramai orang sebenarnya tak tahu.

Orang berniaga ni susah. 
Siang dan malam nya fikir pasal bisnes.
Tidur dan bangunnya, mimpi pasal bisnes. 

Ramai orang nampak, orang bisnes ni senang.
Jadi boss minum sini sana.
Tapi sebenarnya dalam hati siapa yang tahu.

Kalau salah sendiri, sendiri kena tanggung.
Jadi boss, salah orang lain pun kita kena tanggung.

Jadi boss kena faham hati pekerja.
Jadi boss kena jaga hati pelanggan.

Tapi siapa yang nak jaga hati boss.

Dah ada bisnes, boss cari staff.
Dah ada staff, boss kena jaga staff.
Bila tak ada job, boss pening kepala.
Bila banyak job sekali sekala, staff minta gaji lebih pula.

Boss fikir, mana nak bayar bank.
Boss fikir, mana nak bayar sewa.
Boss fikir, mana nak bayar staff.

Kerja boss, adalah cari kerja.
Kerja staff, kerja kan apa yang kerja yang boss dah cari.
Kerja boss nampak senang.
Kerja jadi staff, berpeluh satu badan.

Kesian boss² ni. Banyak makan hati dari makan nasi.

Kesian boss ni, kalau sale tak ada, staff kata produk kita orang tak nak beli.

Kesian boss ni, salah staff kekadang pelanggan marah boss juga yang kena.

Kesian boss ni, hutang keliling pinggang semata² nak carikan rezeki orang.

Kesian boss ni, siapa lah nak kesian kat boss ni. 

Masa hari kerja, boss kena kerja.
Masa pekerja boleh cuti, boss pun kena kerja.

Orang kata, takpa 'Itu kan dia punya".
Boss kena jadi superman, boss tak boleh salah. 
Orang lain salah tak mengapa, boss kena maafkan.

Kekawan yang bisnes. Saya faham perasaan anda. Anda berhati pejuang. Biarlah orang mengata anda bila anda jatuh. Mereka akan merangkak dapatkan anda bila nanti anda berjaya.

Layankanlah hati sendiri. Ubatlah hati dengan solat, pujukkan hati sendiri. Anda sebenarnya manusia luar biasa. 

Teruskan usaha anda berbisnes, bantu orang, ikhlas. Kesat air mata mu dan teruskan perjuangan. Biar seribu orang tak faham dengan anda. Asalkan anda percaya pada diri anda sendiri dan anda BOLEH.

Anda ada saya. Saya percayakan anda. Biar 1,000 orang kata anda tak boleh, saya YAKIN anda manusia luar biasa



Thursday, August 11, 2016

hukuman dunia


Asalamualaikum dan selamat pagi...
🌺🌺🌺🌺🌺

Motivasi pagi:
HUKUMAN YANG TIDAK TERASA

Seorang murid mengadu kepada gurunya: "Ustaz, betapa banyak kita berdosa kepada Allah dan tidak menunaikan hakNya tapi saya tidak melihat Allah menghukum kita".

Guru menjawab dengan tenang: "Betapa sering Allah menghukum kamu tapi engkau tidak terasa".

"Sesungguhnya salah satu hukuman Allah yang terbesar yang menimpamu wahai anakku, ialah: Sedikitnya taufiq yang Allah beri untuk mengamalkan ketaatan dan amal amal kebaikan".

Tidaklah seseorang diuji dengan musibah yang lebih besar dari "kekerasan hati dan kematian hati".

Sebagai contoh:
Sedarkah engkau, bahawa Allah telah mencabut darimu rasa bahagia dan senang dengan munajat kepadaNya, merendah diri kepadaNya, sujud di hadapanNya.

Sadarkah engkau tidak diberikan rasa khusyuk dalam solat?

Sedarkah engkau, bahwa beberapa hari2 mu telah berlalu dari hidupmu, tanpa membaca Al-Qur'an?

Sedarkah engkau sudah tidak tersentuh dengan ayat ayat Al-Qur'an, seakan engkau tidak mendengarnya?

Sedarkah engkau bahawa telah berlalu berapa banyak malam yang panjang sedang engkau tidak melakukan Qiamullail di hadapan Allah, walaupun terkadang engkau tidak tidur malam?

Sedarkah engkau bahawa telah berlalu atasmu musim kebaikan seperti: Ramadhan... 6 hari di bulan Syawal. 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan lain2 tapi engkau belum diberi taufiq untuk memanfaatkannya?

Hukuman apa lagi yang lebih berat dari itu???

Engkau merasakan beratnya mengamalkan banyak ketaatan (amal ibadah)?

Tidakkah Allah menahan lidahmu untuk berzikir, beristighfar dan berdo'a kepadanya?

Tidakkah terkadang engkau merasakan bahawa engkau mengalah di hadapan nafsu?

Hukuman apa lagi yang lebih berat dari semua in???

Sedarkah engkau, amat mudah bagimu mengumpat, mengadu domba, berdusta, memandang rendah pada orang lain, memandang kepada yg haram?

Sedarkah engkau, bahwa Allah membuatmu lupa kepada Akhirat, lalu Allah menjadikan dunia sebagai perhatian terbesarmu?

Ini semua hanyalah beberapa bentuk hukuman Allah kepadamu, sedang engkau tidak menyedarinya...

Waspadalah wahai anakku kerana hukuman yang paling ringan dari Allah terhadap hambaNya ialah: Hukuman yang terasa pada harta, atau anak, atau kesihatan.

Sesungguhnya hukuman terberat adalah "Hukuman yang tidak terasa" iaitu pada kematian hati, lalu ia tidak merasakan nikmatnya ketaatan, dan tidak merasakan sakitnya dosa.

Wahai anakku, perbanyaklah di siang dan malammu, amalan taubat dan istighfar, semoga Allah menghidupkan hatimu...

(Mafhum terjemahan dari tausiyah Syaikh Abdullah Al-'Aidan).

========================

Apabila kita merasa tiada dosa, sebenarnya, kitalah orang yang paling berdosa.

Apabila kita merasa diri kita orang yang ikhlas bermakna kita belum lagi menjadi orang yang benar-benar ikhlas.

Apabila kita merasa diri kita sudah tawadhu bermakna kita masih takabbur.

Renung-renungkanlah, moga bermanfaat.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

sumber: Fatimah Syarha


Friday, August 5, 2016

kaffein

Bahan kafein dalam kopi berfungsi untuk menghalang kesan pencetus saraf adenosine (neurotransmitter) yang boleh menyebabkan keletihan serta mengantuk. Biasanya paras adenosine akan meningkat menjelang waktu petang dan akan membuatkan seseorang itu berasa letih dan mengantuk terutama menjelang malam.

Kafein juga membantu merangsang otak untuk kekal aktif dan mengurangkan rasa letih. Kafein juga meningkatkan paras pencetus saraf seperti dopamin dan norepinefrin. Kafein begitu cepat meresap ke dalam darah dan berdasarkan kajian secawan kopi akan memberikan kesan seawal 20 minit selepas diminum sehingga sejam untuk kesan maksimum kepada otak kita.

Kajian terkini menunjukkan minum kopi yang mengandungi kafein mempunyai faedah kesihatan jika diambil dalam dos yang sederhana. Syaratnya kopi yang diambil itu tidak mengandungi gula yang berlebihan dan juga tidak diambil bersama krimer.

Dalam pada itu, laporan yang diterbitkan dalam International Journal of Cardiology pada November 2009 berhubung 21 kajian kohort tentang kopi sejak tahun 1966 sehingga 2008 telah membuat kesimpulan bahawa minum kopi boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kajian lain juga menunjukkan kopi mampu memberikan kesan positif terhadap kawalan tekanan dengan bertindak menghalang reseptor adenosine A2A yang mengawal kadar tekanan. Kajian juga menunjukkan kafein meningkatkan metabolisme tubuh sehingga 11 peratus dan membantu membakar lemak sehingga 13 peratus.

Terdapat pelbagai kajian lain yang menunjukkan kopi membantu melindungi kerosakan hati sehingga 84 peratus. Kajian turut menunjukkan kopi juga membantu memanjangkan jangka hayat dengan mengurangkan risiko kematian pramatang akibat penyakit kronik sehingga 30 peratus terutama dalam kalangan wanita dan pesakit diabetes.

Kajian juga menunjukkan kopi mengurangkan risiko kanser hati sehingga 64 peratus, kanser kolorektal sehingga 38 peratus dan kanser kulit sehingga 20 peratus. Kajian yang menarik juga menunjukkan kopi mengurangkan risiko gout sehingga 40 peratus kepada lelaki dan 57 peratus kepada wanita.

sumber: DrZubaidi