Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Sunday, June 12, 2016

Teknik Manipulasi Harga ?



Nampak macam kita bijak, tapi kita di manipulasi kan oleh harga.

Pernah anda tengok gambar seller n buyer dalam bentuk kartun?

Seller jual air botol, satu botol RM3. 

Pakej beli 3 botol RM10

Buyer dengan cerdik nya, beli 3 botol dengan cara..

beli 1 RM3 - kali pertama
beli 1 RM3 - kali kedua
beli 1 RM3 - kali ketiga

Dengan rasa diri lebih bijak dari seller dan dapat jimat RM1. 
instead of beli pakej 3 botol RM10.

Hakikat nya, buyer dimanipulasikan oleh harga. daripada beli 1 botol, terus beli 3 botol. yang hakikatnya, sebenarnya nak beli 1 botol je pun dah cukup.

Saya panggil dia STRATEGI HARGA.

sama macam dalam close sale.

kita kena rancang harga beli 1 botol, rancang harga beli 2 botol, rancang harga beli 3 botol..

bila kita bagi pilihan macam ni pada prospek.

prospek akan nampak duit dia jimat, jimat banyak woo kalau beli 2 instead of beli 1 botol je. sama jugak kalau beli 3, dapat jimat lagi banyak instead of beli 2.
 
sedangkan boleh je beli 1 dulu nak cuba test produk. 

Pengalaman saya

saya juga pernah ter"kena" semasa masuk padini tempoh hari.

niat nak beli sehelai je baju. tapi dia punya strategi harga beli sehelai RM49, beli 2 helai RM59..

Buat kita rasa, " alaa rugi nya tak beli 2, jimat banyak tuuu.. apa salahnya tambah RM10 je lagi...Hmmmm"

Mostly, confirm ramai beli 2 helai. serious! termasuk lah saya! beli 2+2 helai :P


kos?

kos baju kedua dah diserap dalam kos baju pertama (sebab tu kalau beli sehelai RM49, kalau beli 2 helai RM59, so 2 helai bersamaan RM29.5 setiap satu). dan memang mereka rancang untuk buat pelanggan beli 2 helai. 


untung?

mereka buat 'untung banyak' kalau pelanggan hanya beli sehelai, mereka buat 'untung lebih' kalau pelanggan beli 2 helai. 

Beza tu, BANYAK dan LEBIH. 


anda suka sharing ni? - komen la skit :D



No comments:

Post a Comment