Friday, June 10, 2016

Pergi Jepun Lagi Bagus Dari Pergi Vietnam ?


Sisi gelap sisi terang~

"Kat Jepun tu takde sampah langsung"
~ Kat Jepunlah hakak tersepak tin2 minuman yang bersepahan di tengah2 jalan.

"Kat Singapore puntung rokok pun takde"
~ Kat Singaporelah hakak tengok bersepah puntung rokok kat tempat makan.

"Jangan pegi Vietnam, bahaya! Penipu, perompak, pencuri, penculik, pembunuh, semua ada kat sana..." 
~ Hakak anak-beranak kat Vietnam, sorang manusia pun tak kacau kami walau jalan kawasan gelap malam2.

Begitulah setiap benda ada sisi gelapnya & sisi terangnya. Biasanya kalau kita belum pernah lalui, kita akan bias samada bias ke sisi terang atau bias sisi gelap.

Benda gelap2 kita simpan (kalau tak membahayakan orang lain), benda cerah2 kita sebut-sebutkan

sumber: lyna noh