Penceramah Motivasi Makan Duit Orang ?


Ada pernah orang pertikaikan kenapa penceramah motivasi/perniagaan yang kata nak tolong sesama bangsa mengenakan bayaran yang tinggi. Patutnya kalau nak tolong tu bagi free je lah. Nama pun tolong.

Dulu saya pun tak faham juga. Tapi eventually rasanya dah dapat appreciate kenapa bayaran dikenakan, dan tinggi pula.

Orang yang sanggup invest (saya panggil invest kerana mereka pasti nakkan pulangan, bukannya bagi duit buta2 dgn assumption 'burn pun takpelah') wang yang bukan sedikit, mereka adalah orang yang mampu beri komitmen untuk masa depan mereka sendiri. Tapi kalau nak berubah pun tak sanggup, harapkan orang je, berapa lama boleh bertahan dalam perjalanan 'nak berubah' tu?

Maksud saya, nak tolong pun, orang yg ditolong tu mestilah dalam mode nak tolong dirinya sendiri. Orang yg nak tolong diri sendiri tak berkira (yg mampulah, tak mampu lain cerita). Tapi kalau nak yang free je, nak berubah pun "tunggu free" akhirnya betul2 dah 'free from everything' (dah meninggal) baru nak menyesal.

sumber: lynanoh


Comments

Popular Posts