Parking Masjid Masa Ramadhan



Parking Masjid Menangis
-------------------------

Malam ini, malam yang paling ditunggu oleh semua parking masjid. Ya, malam ini. Malam pertama bulan Romadhon yakni malam pertama umat islam menunaikan solat sunat Terawikh.

Inilah malam yang paling ditunggu tunggu oleh semua parking masjid, malam paling gembira. Bukan setakat parking masjid, parking tepi jalan dekat masjid dan parking luar pagar masjid pun turut sama sama bergembira meraikan malam ini, malam pertama puasa.

Bulan Romadhon adalah bulan yang paling ditunggu oleh seluruh umat islam, begitu juga dengan parking masjid. Cuma bezanya, kegembiraan parking masjid menyambut Romadhon selalunya hanya bertahan 7 malam, atau paling lama pun 2 minggu.

Selepas beberapa malam Romadhon, tangisan parking masjid bakal bertukar wajah, daripada gembira menjadi duka. Selalunya begitu lah.

Bayangkanlah kereta BMW, Mercedez, Audi atau Proton sekalipun berebut rebut hendakkan parking masjid malam ini. Hal seperti ini memang tak pernah terjadi pada malam malam lain dalam setahun melainkan beberapa malam awal di bulan Romadhon.

Tahun ini, malam ini, parking masjid menangis lagi. Gembira meraikan kedatangan kereta kereta. Seperti tahun sebelumnya, parking masjid tetap menyimpan harapan semoga air mata kegembiraannya terus mengalir untuk setiap malam sepanjang bulan Romadhon hingga ke malam raya.

Mendambakan kemeriahan sepanjang tahun, itu mungkin suatu angan angan gila, cukup lah sekadar Romadhon ini.

Dari jauh, parking masjid memandang karpet masjid melalui pintu pintu yang terbuka luas. Masing masing tersenyum. Indah.

"Walaupun kita sudah tahu pengakhirannya bagaimana, namun jangan kita khianati mereka" - Sayup terdengar suara karpet masjid bergema memberi kata kata semangat kepada parking.

Mimbar, tiang, tingkap tingkap, lampu lampu indah menawan, dinding dinding khot, dan kolah wuduk turut tersenyum dan menangis gembira, sekurang kurangnya untuk malam ini, malam Romadhon pertama.

sumber: Fdaus Ahmad


Comments

Popular Posts