Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Monday, June 6, 2016

Otak Ramadhan dan Al-Quran


AL QURAN, RAMADAN DAN OTAK
==========================
.
Ramadan bulan mengaktifkan otak. Kuasa puasa dan membaca Al-Quran adalah hebat ke atas otak. Kedua-duanya ibadah hadiah untuk memperkasa otak.
.
Al-Quran sarat dengan cerita. Ada amaran dan ancaman. Ada motivasi dan inspirasi. 
.
Kesan membacanya dengan mengetahui makna sungguh menakjubkan. Kisah Nabi Musa dikejar Firaun mengaktifkan motor cortex dan visual cortex. Amygdala juga aktif.
.
Membuatkan otak merembeskan bahan kimia bernama oxytocin. 
.
Kesan oxytocin membuatkan fokus pembaca meningkat. Ada kelazatan. Lagi lama Al-Quran dikendong untuk dibaca.
.
Andai oxytocin tidak berjaya dikeluarkan, bacaan akan hambar. Membaca tanpa makna, tiada rembesan Oxytocin.
.
Bila Al-Quran bercerita tentang syurga dan neraka, bahagian kanan otak menjadi aktif. Amygdala ligat beraksi. Temporal lobe sebelah kiri juga sibuk jadinya.
.
Bila Al-Quran mengkisahkan tentang hukum cerai, puasa dan faraid, bahagian kiri menjadi sibuk. Prefrontal cortex juga sibuk.
.
Bila Al-Quran menggambarkan Allah itu satu, bahagian temporal lobe sebelah kanan pula aktif. Visual cortex juga aktif. Prefrontal cortex tidak terkecuali.
.
Membaca Al-Quran mesti dengan faham. Kesannya hebat pada otak. Bacanya hari-hari.
.
Telusuri tafsirnya. Amalkan suruhannya. Nescaya otak jadi hebat, akhirat lebih dekat dan berkat.

sumber: FB Dr Rizal Abu Bakar



No comments:

Post a Comment