Nak Berjaya Kena Tahan Maki ?


Fareeda kena kutuk satu Malaysia
Sikit pun tak nangis.

Dato' Vida kena gelak sana sini
Sikit pun dia tak heran.

Dato Aliff kena cemuh di FB,
tetap makan durian kat KLIA.

PM kita kena maki hamun hari hari,
dia tetap naikkan jari 1 Malaysia.

Ahmad Maslan kena boo,
dia tetap buat lawak untuk rakyat senyum.

Kita,
Baru sorang customer maki,
Baru sorang kawan kutuk,
Baru sorang sedara hutang tak bayar,
Dah masuk tandas menangis.

Kental tak kental hati tu
Boleh laaa jadikan kayu ukur
Tebal tak tebal poket kot?

Korang pernah tengok citer doremi time Mi pergi mintak keje ?

Kebolehan tahan maki. Itulah mesej dia nak sampaikan. Berapa orang yang nak berjaya ada kebolehan tahan maki? Setakat tahan kentut okay lagi lah.

Orang kutuk ke, maki ke, tahan je janji kau tak makan harta orang, janji kau cari makan cara halal. Mulut orang ni kalau boleh time mati tu dia nak bercakap lagi. 
‪#‎beurself‬

Setiap manusia punya ragam & kerenah masing²..
Pendapat berbeza, citarasa berlainan malah keinginan juga x sama..
Untuk berjaya.. telinga kena tebal..
Ignore benda negatif..

Semoga Ramadhan ni,
Kita jaga lidah supaya x menyakiti hati org lain..

sumber: iemsarimah


Comments

Popular Posts