Kita Suka Buang Duit ?


Setiap orang ada waktunya diberi peluang , definasi peluang ini lebih besar kerana tuhan itu maha adil dan setiap dari kita diberikan peluang. Abam bicara dari sudut kewangan. Banyak contoh dapat kita lihat , semasa kita kecil , kita dapat duit raya , katakan dari umur 1 hari hinggalah 15 tahun , kalau kita kumpul duit raya tu dan laburkan dah banyak bukan.

Masa kita remaja dan dapat menyambung pendidikan kita beserta dengan pinjaman pendidikan , apa yang kita buat dengan duit pinjaman tersebut ? Kita boleh laburkan , jadikan modal berniaga , malah pinjaman pendidikan adalah yang paling murah kosnya , peluang tersebut kita persiakan dengan membeli handphone dan perkara-perkara lara.

Masa kita mula-mula bekerja , dengan gaji pertama , kita punya pilihan untuk menyimpan dan melabur , kembangkan potfolio kewangan , malah dalam waktu yang singkat boleh memiliki kereta secara tunai , kita persiakan peluang tersebut dengan mengambil pinjaman peribadi , beli kereta mahal dan sebagainya , kita persiakan peluang ini dan menghimpit kehidupan kita sendiri dengan beban bulanan.

Kita habiskan banyak masa "online" di media sosial , kita boleh berjumpa dengan pelbagai guru , sifu dan sifan kewangan yang mencurahkan Ilmu percuma di dalam media sosial , peluang tersebut kita persiakan , kita ambil endah tak endah , bertahun berlalu hidup masih menanggung beban kewangan , walhal boleh jer "reach out" atau bertanya kepada guru-guru ini bagaimana untuk mengurus kewangan lebih baik dan membina harta. Namum peluang tersebut kita persiakan.

KIta berjumpa pasangan ideal kita , pasangan yang akan hidup semati dengan kita , puluh ribu wang kahwin sempat di kumpul dan disimpan , namun kesempatan dan peluang puluhan ribu ringgit itu di persiakan , modal yang boleh digunakan untuk membeli rumah sewa atau harta dan digunakan selepas bernikah kelak hangus menjadi baja tetamu yang hadir , yang mana sebulan selepas majlis tak ingat pun tarikh nikah atau kenduri kita.

Ini adalah contoh secebis peluang yang biasa di berikan oleh tuhan kepada kita , Setiap dari kita akan melaluinya , kalau bukan semua , namun kebanyakannya. Peluang untuk memperbaiki kewangan ini tidak diendahkan oleh majoriti dari kita yang mana akan kekal sebagai penonton dan penunggang beban.

sumber: Zaidi Ismail


Comments

Popular Posts