Kenapa Umat Islam Perlu Berjaya ?

solat untuk berjaya


Allah telah berfirman yang maksudnya:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”.
At-Tiin 95:4

➕Dengan kejadian yang begitu sempurna dan sebaik ini maka mustahillah untuk orang Islam merasa rendah diri dan gagal dalam hidupnya.

Malah orang Islam sepatutnya menjadi khalifah dibumi Allah ini. Menjadi pemimpin dan bukannya dipimpin. Semua masalah ini dapat diatasi dan diselesaikan sekiranya kita memahami hakikat diciptanya manusia seperti mafhum firman Allah:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”.
Adz-Dzaariyaat 51:56

➕Satu perkara yang mesti difahami dalam menjadikan kehidupan sebagai ibadah ialah melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin. Sebagai contoh, apabila kita mendirikan solat maka dirikanlah ia dengan bersungguh-sungguh, bertertib dan sebaik mungkin.

➕solat ini juga mesti diamalkan dalam segenap ruang kehidupan sekiranya kita mahu kehidupan diterima sebagai satu ibadah.

➕Sebagai contoh, kalau kita seorang pekerja maka bekerjalah dengan bersungguh-sungguh, menepati waktu, berdisiplin, meletakkan komitmen kerja yang tinggi dan mengikut peraturan yang ada. Barulah kita dilihat sebagai pekerja yang layak dinaikkan pangkat. Inilah yang dikatakan pekerja cemerlang.

➕Kerja kita juga diterima Allah sebagai satu ibadah yang bukan sahaja mendapat ganjaran di dunia tetapi juga di akhirat.

➕Begitu juga kalau kita seorang pelajar, belajarlah bersungguh-sungguh dengan memberikan tumpuan dalam kelas, menyiapkan tugasan pada waktunya, dan rajin mengulangkaji pelajaran. Barulah belajar itu diterima sebagai ibadah seterusnya diberkati dan mendapat rahmat dari Ilahi.

➕Keputusan peperiksaan juga akan cemerlang kerana kita bersungguh-sungguh dan melakukannya sebaik mungkin.

kesimpulannya apa sahaja yg kita buat dalam hidup ini adalah perlu dilakukan sebaik mungkin dan bersungguh-sungguh.

Mafhum firman Allah dalam al-Quran:

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”
Al-Najm 53:39

➕Ayat di atas menjelaskan bahawa setiap orang akan mendapat sekadar apa yang diamal dan diusahakannya.

➕Oleh itu siapakah yang patut dipersalahkan apabila kita lihat masyarakat Melayu yang puratanya Islam gagal mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, ekonomi dan sosial?

Pastilah yang salah adalah diri kita sendiri sedangkan Islam mahukan umatnya cemerlang.

➕jom jadi orang yang cemerlang dan berjaya.



Comments

Popular Posts