Thursday, June 16, 2016

Cara Untuk Lebatkan SALE


Bismillah
Assalamualaikum w.b.t

Tips bisnes pagi Jumaat

.........................
INI BUKAN CARA UNTUK LEBATKAN SALE
.........................

Siapa ada masalah kewangan?

Siapa ada masalah business?

Siapa yang hujung bulan kena pinjam duit orang?

Siapa rasa kena buat bisnes lain utk tampung business sekarang?

.

Saya rasa ramai orang ada masalah tersebut.

.

Saya pun sama juga.

.

Ini adalah kesalahan yang ramai orang lakukan dalam kehidupan dan dalam bisnes mereka juga.

.

Saya bagi anda contoh dulu untuk bg nampak isu yang saya cuba bawa pagi ni ya.

Sekiranya anda ada restoran. Dan restoran anda itu menyediakan makanan western. Pada awal pembukaan, anda gerenti busines anda akan meletop kurang dari 6 bulan. Pembukaan anda sangat grand sehingga licin hidangan. Staff anda ramai sbb anda jangka pelanggan akan ramai sikit masa lagi. Bajet simpanan anda hampir habis sbb deco restoran bg nampak rare. "Tak apa," kata hati anda. Nanti sale masuk, akaun penuh balik.

Tapi setelah 6 bulan. Sale anda tak juga naik. Org tak ramai datang. Anda dah kehabisan duit. Anda pergi consult org yang salah.

Anda akan mula tambah menu. Anda buat masakan panas tomyam pula. Kena tambah staff baru dari thailand. Ada org advice lg, kena buat ice blended sbb org muda suka. Sale masih lg tak gempak. Org advice lagi, buat nasi campur tengahari pula.

Duit anda lama habis. Mula pinjam duit kawan. Lepas tu pinjam along.

Itu contoh situasi pertama.

Ini contoh kedua.

Anda org yang selalu main fb dan ada business minded. Tapi anda belum ada modal. Anda buat langkah bijak dengan buat dropship.

Anda cari satu produk yang bagus dan mula bisnes online. Start buat post2 pasal produk di wall sendiri. Ada satu dua mula membeli. Anda pun hepi. Tapi sale x boleh pegi jauh sangat. Tapi anda tahu dropship boleh buat duit. So anda mula tamak. Jadi dropshipper utk 10 produk lain pulak. Anda kurang mahir guna fb ads so anda hanya menjual di wall sendiri. Penuh wall anda dengan ayat hardsell bermacam jenis produk.

Sale anda masih gitu2 juga.

.

Apa yang cuba saya sampaikan?

.

Anda cenderung utk mencuba option lain utk melebatkan sale!

.

Sampai bila2 pun sale anda akan begitu juga. Untuk restoran tadi, bisnes tu akan terlingkup begitu saja dan untuk dropshipper td, dia akan terus kehairanan kenapa sale tak meletup mcm org lain.

.

Anda mengambil tindakan yang kurang betul dalam melebatkan sale.

.

Sy bagi analogi lagi.

.

Bayangkan anda ada sebiji baldi. Dan anda mencurahkan air ke dalam baldi tersebut. Matlamat anda adalah untuk penuhkan baldi tersebut dengan air.

Anda tuang dan terus tuang air. Anda harapkan baldi tu akan penuh tp masalahnya baldi itu ada berlubang dan bocor dua tiga tempat.

Tuanglah sampai kiamat sekalipun. Tak akan penuh.

.

So maksudnya langkah pertama yang anda kena buat bukanlah tambah air tapi tampal lubang yang bocor dulu.

.

Anda perlu fokus pada satu benda saja satu2 masa. Jadi pakar dalam bidang tersebut. Of course ianya akan ambil masa. Tapi lama kelamaan org akan mula notice kehadiran anda dan mula membeli pada anda.

.

Instead of cuba benda baru, lebih baik perbetulkan kesalahan sedia ada.

.

Utk restoran td. Stick pada concept western food. Jgn caca merba. Ramai org buat western dan meletup. Kenapa anda tidak boleh. Fokus sedapkan makanan anda. Tingkatkan kualiti servis dan variasikan pemasaran. Kalau makanan sedap, dalam hutan pun org cari.

.

Utk dropshipper pulak. Fokus satu saja produk yg paling anda suka buat. Buat bebetul. Belajar copywriting. Belajar run fb ads dan media social lain. Upgrade jadi agen. Kumpul duit buat produk sendiri pulak akhirnya.

.

Jangan diversify business selagi business belum autopilot.

Keyword di sini adalah FOKUS pada yang satu. Fokus pada kekuatan dan kelebihan anda itu.

sumber : BroKu