7 Salah Faham Tentang Cukai


Sepanjang tempoh 10 tahun dalam kerjaya sebagai juruaudit, saya dapati ada 7 salah faham utama berkaitan cukai di kalangan pemilik enterprise.

1. Dah bayar zakat banyak, tak payah hantar borang cukai.

Memang ramai peniaga yang lebih sanggup bayar zakat banyak dari bayar cukai. Tapi cukai dengan zakat tak sama.

Zakat wajib untuk umat Islam. Cukai undang-undang dalam negara.

Zakat boleh mengurangkan pembayaran cukai, namun masih perlu hantar taksiran dulu.

Tidak buat taksiran cukai boleh dikenakan tindakan undang-undang. Walau bayar zakat banyak mana pun.

2. Dah rugi, tak perlu hantar borang tafsiran.

Mendaftar di LHDN dan hantar borang taksiran tiada kaitan dengan untung atau ruginya perniagaan kita. Perniagaan untung atau rugi tetap kena hantar borang taksiran.

Malahan jika rugi, lagiiii la kena hantar. Rugi tahun ini boleh ditolak dengan untung masa hadapan.

3. Berniaga online je, tak payah daftar ssm dengan lhdn.

Online ke offline, tetap perniagaan. Semua perniagaan perlu berdaftar.

Dropship pun perlu mendaftar sekarang.

Kalau dah gambar poslaju barang mengunung, update pulak status ‘barang baru sampai, dah 500 orang order’, memang saja nak suruh pegawai LHDN datang la kot.

4. Bila dah daftar nanti kena bayar cukai.

Selepas daftar di LHDN, kita perlu buat taksiran cukai. Belum tentu kena bayar lagi.

Taksiran cukai ni pengiraan dia tak sama macam penyata untung rugi kita. Perbezaan pengiraan ni boleh menyebabkan untung jadi rugi. Mungkin juga dari rugi jadi untung.

Macam yang diberitahu dalam poin no dua tadi, kalau rugi, tak perlu bayar cukai. Malahan boleh dibawa ke tahun hadapan untuk ditolak dari untung tahun depan.

5. Beli kereta boleh kurangkan cukai – mari beli Ferrari / bmw / Merz / Audi.

Beli asset memang ada kelebihan dalam cukai. Ia dipanggil elaun modal. Berbeza sedikit dari susut nilai / depreciation dalam perakaunan.

Tapi untuk kenderaan penumpang, ada limit juga. Untuk kenderaan baru yang bernilai kurang dari RM150,000, had yang dibenarkan ialah RM100,000 sahaja. Lebih dari RM150,000, amaun yang dibenarkan hanya RM50,000.

Maksudnya jika beli Audi A4 bernilai RM239,900, amaun yang dibenarkan untuk penolakan cukai Cuma RM50,000 sahaja. Sebab ia bernilai lebih dari RM150,000.

Tahun pertama boleh tolak 40% dan tahun kedua sehingga tahun keempat boleh tolak 20% untuk pengurangan cukai.

Takdelah kurang sangat kan.

6. Semua perbelanjaan pemilik, biar perniagaan bayarkan.

Habis segala perbelanjaan di ‘claim’ dengan perniagaan. Beli susu anak pun nak masuk akaun perniagaan juga. Ubahsuai rumah pun masuk akaun perniagaan.

Ini yang orang panggil merompak perniagaan sendiri.

Tak semua perbelanjaan boleh masuk dalam akaun perniagaan. Hanya yang berkaitan secara langsung dalam perniagaan boleh dimasukkan dalam perniagaan. Selain itu tidak dibenarkan dalam pengiraan cukai.

7. Kena kejar jika beli kereta atau rumah secara tunai.

Mungkin juga akan dikejar. Tapi jika ada bukti sumber wang tu dari mana, tak perlu risau.

Contohnya, tahun lepas ada keuntungan bersih RM150,000. Selepas buat pengiraan dan hantar tafsiran cukai, perlu bayar cukai dalam RM30,000. Selepas bayar ada untung bersih RM120,000.

Tengok pula dalam aliran tunai masih ada tunai RM100,000 selepas tolak kos operasi. Ada pula kawan terdesak nak jual rumah, RM90,000. Belilah rumah guna tunai RM90,000.

Sudah tentulah tiada masalah. Sebab cukai telah dibayar, dan untung memang lebih dari nilai rumah itu.

Cuma kenalah fikir mengenai perniagaan. Kalau dah 90% duit untung buat beli rumah, macam mana nak kembangkan perniagaan.

p/s: Contoh yang diberi cuma nak permudahkan penerangan. Apa yang anda hadapi tidak mungkin semudah contoh yang diberi.

Boleh share kalau rasa boleh bantu rakan peniaga yang lain.

Rezduan Bakar
Bukan peniaga, hanya pekerja biasa.

sumber: Fb Rezduan Bakar

Comments

Popular Posts