Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Tuesday, May 31, 2016



Kenapa nabi s.a.w berniaga?

Sunnah? Nak kaya?

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?

Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.

Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.

Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.

Kemudian apa?

Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.

Kemudian lagi apa?

Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yg di bawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dgn jujur. Apa produl itu? Iman dan Islam.

Kemudian pula apa lagi?

Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia.Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang kesana kemari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.

Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg berniaga.

Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda.

Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk mendekati kepelbagaian manusia.

Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.

Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.

Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.

Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.

Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?

Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.

Berapa usia kita?

Contohi nabi s.a.w di usia kita.

Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.

Nak sayang nabi s.a.w? Kena tiru nabi s.a.w.

Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.

Aku juga pernah berputus asa berniaga. Tapi aku belajar rasa sakitnya jatuh, supaya kelak aku faham nikmatnya bangkit.

Wallaahua'lam.

Silakan share.

Noor Aminuddin bin Mohamed Noor

sumber: Haridah Mama Alya


Sunday, May 22, 2016

tajuk best


~Tips Tulis Tajuk Best~

Tajuk atau headline adalah elemen penting dalam penulisan artikel. Orang nak baca artikel selalunya berpandukan tajuk.

Tajuk macamana yang menarik?


Ni Akacan nak share 5 kategori tajuk untuk menarik perhatian taget market masing2.

1. Menggunakan Metafora

Contoh :

Mengintai Cinta dari Rimbunan Cita-Cita

Mencanai Kelopak Syurga Di Rumah Kita

2. How-to

Contoh :

Bagaimana Membeli Saham Yang Menguntungkan

Bagaimana Menjadi Wanita Paling Bahagia

3. Timeframe

Contoh:

Sihat dan Kurus Dalam 14 Hari

Resepi Detoks 30 Hari

4. Menggunakan Nombor

Contoh:

6 Negara Yang Mesti Dilawati Pada Tahun 2016

5 Sebab Mengapa Jangan Beli Produk Shaklee

5. Perkataan Bercampur

Contoh:

ParenThink
Bedallicious

Macamana? Rasa berfaedah tak post ni? Kalau rasa berfaedah kongsi2 la dgn kawan2 ya ☺️

kredit: lynanoh


Tuesday, May 10, 2016



KISAH ANAK AUSTISM YANG ENGGAN BEBANKAN KELUARGANYA...

Petang tadi aku berada di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) Kg Baru. Ketika sedang duduk menantikan segelas hot chocolate, mata aku menangkap kelibat seorang remaja yang begitu tekun menghidangkan minuman, tanpa rasa penat ke hulu dan ke hilir menyajikan sajian yang dipinta pelanggan.

Tetapi aku dapat rasa 'sesuatu'. Dia langsung tak buka mulut, mukanya serius dan seperti dalam dunianya sendiri. Dalam hati aku berkata, mungkin dia sedang stress. Nak dijadikan cerita, remaja yang sama juga datang dan menghidangkan hot chocolate ke mejaku. Ini part paling 'sempoi'...dia hanya tegak berdiri di tepiku. Aku pula yang terpaksa mengambil sendiri minuman tersebut dari tray yang dipegangnya. Annoying seh!


" Maafkan saya Encik...dia anak autism," kata Cik Aishah. Rupanya dari jauh eksekutif hotel tersebut memerhatikan gelagat pekerjanya. Dari perbualan singkat dengan Cik Aishah, baru aku tahu siapa sebenarnya remaja itu.

Dan Lo sebenarnya dah berusia 22 tahun tetapi sering gagal mendapatkan pekerjaan disebabkan status OKUnya itu. Anak kelahiran Pandan Indah ini tidak bersekolah secara formal, hanya belajar home tuition. Ibu bapanya kemudian menghantar Dan mengikuti kursus perhotelan tetapi tidak pernah diterima bekerja sehinggalah KLIH memberi peluang kepadanya.

" Dia tak pernah ponteng selama bekerja di sini...ada customer yang tak tahu pernah memarahinya tetapi Dan tak pernah ambil hati. Dia tabah menjalankan tugas dan tak mahu kami memberi layanan istimewa terhadapnya. Katanya dia tak pernah dapat bantuan. Pendek kata dia mahu berdikari, tak mahu membebankan keluarga," kata Aishah.

Aku kagum dengan Dan dan aku kagum dgn kesanggupan KLIH. Kisah Dan sepatutnya membuka mata dan telinga kita supaya jangan menyisihkan insan-insan sepertinya. Aku terkenang bait-bait lirik lagu Namun Ku Punya Hati.

"...maafkan wahai teman, ku menumpang di sudut dunia, mencari ketenangan, sampai masa ku pergi jua..."

kredit: Syahril A. Kadir


Saturday, May 7, 2016



» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.


Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Bila mereka kecewa kita buat x nampak..
Kita x tanya sebab apa mereka murung..
Kita buat2 tiada apa berlaku pun...
Itulah kita anak2 yg lupa kasih sayang mereka....

Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka siapalah kita.

Doakan ibu bapa sama ada yg masih hidup @ meninggal dunia .. jangan abai mereka kerana suatu hari kita pun akan menjadi tua jua..
Mak ayah tak di jual di tepi jalan......sayangilah mereka..
Sebelum Allah jemput mereka kembali ..
Siapa kita ketika itu nanti

kredit: Asilah Azmi


Monday, May 2, 2016

susah nak kurus

(**)Kenaikan berat badan tidak semestinya berpunca daripada apa yang anda makan.Sebenarnya ada banyak faktor yang menjadi penyebab anda boleh jadi gemuk!

(**)Biasanya berat bada akan bertambah ketika kalori yang dibakar tubuh ketika membuat sesuatu lebih sedikit daripada kalori yang masuk daripada makanan yang dimakan. Ini bermakna selain daripada makan, ada banyak faktor lain yang mempengaruhi metabolism dan berat badan.

(**)Ingin tahu beberapa penyebab gemuk selain daripada makan? Baca artikel ini sampai habis ya…

(**)Stress Tahap ‘Gaban’
(**)Ternyata stress juga boleh menjadi salah satu perkara yang menyebabkan kegemukan. Apabila mengalami stress, sebahagian orang akan mempunyai kecenderungan untuk kerap mengunyah. Di samping itu, ketika stress tubuh akan menjadi tegang dan mengeluarkan hormone ‘kortisol’. Hormon ini akan menjadi penyebab utama meningkatnya nafsu makan sehingga membuat anda semakin seronok untuk menikmati apa sahaja makanan bagi menenangkan diri. Jadi, sebaiknya apabila anda stress, carilah aktiviti lain yang untuk meredakannya, misalnya bersenam.

(**)Menopause
(**)Memasuki saat- saat menopause, kaum wanita tidak lagi seaktif seperti zaman remaja dahulu.Sistem metabolisme pada tubuh jadi lambat dan sistem hormone juga akan berubah (hormon estrogen semakin menyusut), sehingga menyebabkan timbul nafsu makan yang berlebihan, depresi serta sukar tidur. Jadi, mana-mana wanita yang bakal melalui saat menopause, anda disarankan untuk bersenam secara teratur. Ianya bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan anda, malah turut membantu supaya berat tubuh anda agar terus stabil serta menguatkan sebahagian daripada tulang anda.



(**)Diet Yang Keterlaluan
(**)Diet yang extreme dengan tujuan untuk menurunkan berat badan secara drastik dalam waktu yang singkat merupakan cara yang tidak efektif.Cara ini tidak melatih tubuh untuk membakar kalori yang banyak dalam jangka masa panjang. Akibatnya,makanan yang anda makan tidak akan terbakar sepenuhnya dan kesannya berat badan anda akan naik kembali dengan cepat.

(**)Masalah Kesihatan
(**)Selain itu, penyebab gemuk lainnya adalah ‘hipotiroidism’. Keadaan ini berlaku disebabkan masalah tubuh yang disebabkan kurangnya pengeluaran oleh hormon tiroid didalam tubuh seseorang. Kekurangan tiroid ini boleh mengakibatkan metabolisme pada tubuh menjadi kurang lancar, nafsu makan juga menurun serta pertambahan pada berat badan. Antara tanda-tanda ‘hipotiroidism’ ialah mudah penat dan lesu,suara menjadi serak, mudah diserang selsema,kerap mengantuk (menjadi kuat tidur) atau kerap pening kepala.

(**)Pengambilan Ubat-Ubatan Tertentu
(**)Ternyata pengambilan ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Kesan setiap jenis ubat memang berlainan untuk jenis penyakit. Ada yang boleh menyebabkan ngantuk, menambah keinginan makan, merubah gula darah jadi lemak dan juga kesan-kesan seumpamanya yang lain. Jadi, apa sahaja ubat atau vitamin yang anda makan, dapatkan dahulu nasihat daripada doktor. Jangan sampai salah memilih ubat kerana secara tidak disedari anda mengumpulkan bahan kimia di tubuh anda selama mengamalkan pelbagai macam jenis ubat-ubatan tersebut.

(**)Kurang tidur
(**)Ada beberapa perkara yang membuatkan kurangnya waktu tidur saling berkait rapat dengan pertambahan berat badan.Ketika anda kurang tidur, terjadi peningkatan kadar hormon dalam tubuh yang boleh meningkatkan rasa lapar dan nafsu makan. Selain itu, tidur lambat juga boleh membuka ruang untuk anda menikmati makanan ringan pada malam hari sehingga menambah timbunan kalori di dalam tubuh.Kurang tidur juga membuat anda cenderung memilih sembarang makanan seperti goreng-gorengan daripada menu sihat seperti buah-buahan.

kredit: mediasosialkini