Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Friday, February 12, 2016

Vaksin Konspirasi Dajjal ?



Antara kerja ‪#dajjal‬ ialah menfitnah tumbuhan2 berubat sebagai beracun. Tujuan dajjal berbuat demikian tidak lain dan tidak bukan bagi memastikan penduduk dunia terus menggunakan dadah2 beracun ciptaannya yang sedang berada di pasaran (farmasi). Tujuan lain yg disembunyikan ialah bagi mengurangkan populasi penduduk dunia. Mereka akan dilemahkan melalui vaksin2 sejak dari kecil.

Pertambahan jumlah penduduk dunia yg mendadak perlu dihentikan dan jumlah penduduk dunia perlu dikurangkan. Apa tujuan dari kempen perancangan keluarga kalau bukan untuk tujuan mengurangkan populasi penduduk. Apabila cara ini kurang berkesan maka mereka mula menggunakan cara yang lebih aggresif iaitu dgn menggalakkan peperangan2 yg akan mengakibatkan kematian yg besar di kalangan wanita, kanak2 dan orang awam. Cara seterusnya ialah dgn menyediakan ubat-ubatan beracun yg berasaskan dadah dan bahan kimia, kononnya ubat-ubatan ini boleh menyembuhkan penyakit padahal ia hanya menahankan untuk sementara waktu dan akan mengakibatkan kesan sampingan yg lain. Semakin lama seseorang itu bergantung kepada ubat hospital maka semakin banyak penyakit yang datang kepadanya.


Ada banyak tumbuhan2 organik dan herba yg mampu merawat berbagai penyakit. Tapi ingat, dajjal akan memfitnahkannya sebagai racun. Hampir semua tumbuhan semulajadi jika didapati mampu mengubati penyakit2 kronik seperti kanser, hiv positif, denggi dan lain2 akan difitnahkan sebagai racun. Ganja sudah lama difitnahkan sebagai dadah merbahaya. Padahal ia adalah sejenis tumbuhan herba yg mampu merawat berbagai penyakit terutamanya kanser.

Kenapa dajjal melakukan semua ini? Jawapannya ialah berbohong untuk menutup pembohongan.

Bukankah kita dihidangkan dengan maklumat palsu bahawa penyakit2 kronik seperti kanser, hiv positif, denggi dan lain2 adalah penyakit yg tidak ada ubat atau belum ditemui ubatnya. Maka banyaklah lakonan2 penyelidikan dibuat kononnya untuk mencari ubat bagi penyakit2 tersebut tetapi hingga kini gagal ditemuai.

Kau tak temui ubat sebab kau pilih jalan salah. Ubat2an hospital atau farmasi adalah berasaskan dadah sintetik dan penggunaan bahan kimia. Ia hanya menambahkan penyakit bukan menyembuhkan. Ia juga akan menemui jalan buntu. Banyak penyakit yang tidak dapat diubati. Padahal dalam banyak hadith nabi jelas mengatakan bahawa setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati atau tua. Kau nak ikut kata2 nabi atau nak ikut kata2 dajjal? Wallaahua'lam.


No comments:

Post a Comment