Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Sunday, February 14, 2016

Tumor Otak - Kanser Pada Kanak-Kanak

Pengenalan

  • Tumor otak ialah tumor pepejal yang paling biasa terjadi pada kanak-kanak.
  • Mereka berpunca daripada sel-sel di dalam otak dan boleh jadi benigna atau malignan. Walau bagaimanapun, gejala mereka mungkin sama kerana saiz dan lokasi di dalam otak.
  • Tumor otak boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur dan berbeza daripada tumor otak orang dewasa dari segi jenis dan tidak balas terhadap rawatan.
  • Gejala ketumbuhan otak mungkin disebabkan oleh tekanan yang meningkat akibat sekatan pengaliran bendalir serebrospina dalam otak. Apabila ini berlaku, kanak-kanak akan mengalami sakit kepala, muntah-muntah, cepat marah, mengantuk, sawan dan juga tidak sedarkan diri.
  • Jika tumor berlaku di kawasan serebelum yang berkaitan dengan keseimbangan, kanak-kanak akan menjadi lemah dan mempunyai gaya jalan yang tidak stabil.


Diagnosis Tumor Otak

  • Pemeriksaan fizikal dan sejarah perubatan – Pemeriksaan yang teliti boleh membantu menentukan kedudukan tumor. Di samping itu, pemeriksaan mata akan dilakukan untuk mencari keterangan mengenai peningkatan tekanan intrakranial. Doktor juga akan bertanya kepada pesakit dan keluarga mereka tentang sejarah perubatan mereka.
  • Terdapat beberapa ujian yang mungkin diperlukan.
  • Ini termasuk ujian radiologi seperti imbasan tomografi berkomputer (juga dikenali sebagai imbasan CT atau CAT) dan pengimejan resonans magnetik (MRI). Ini akan memberi imej yang terperinci di dalam otak.
  • Ujian darah untuk petanda tumor boleh membantu untuk mendiagnosis jenis tumor yang dikenali sebagai sel kuman tumor.
  • Diagnosis yang tepat boleh dibuat melalui pemeriksaan tisu tumor di bawah mikroskop. Tisu ini mungkin adalah sampel biopsi atau keseluruhan tumor atau sebahagian daripadanya dibuang melalui pembedahan.


Rawatan Tumor Otak

  • Pembedahan, radioterapi dan kemoterapi atau kombinasi ketiga-tiganya adalah digunakan untuk merawat tumor otak. Rawatan akan dirancang bergantung kepada umur kanak-kanak, saiz, kedudukan dan jenis tumor otak.
  • Pembedahan- Ini langkah pertama rawatan tumor otak. Matlamat rawatan ialah membuang tumor sebanyak mungkin. Jika ini tidak dapat dilakukan, maka sampel atau biopsi akan diambil untuk menentukan jenis tumor.
  • Kadang kala tiub dimasukkan untuk mengalirkan bendalir serebrospina keluar dari otak ke dalam lapisan rongga abdomen. Ini dipanggil Ventriclo-Peritoneal (VP) shunt. Ia membantu mengurangkan tekanan di dalam otak.
  • Radioterapi- Jika tumor tidak dapat dibuang atau ada yang tertinggal, kanak-kanak akan diberi radioterapi. Radioterapi merupakan satu bentuk sinaran tenaga berkuasa tinggi yang boleh memusnahkan sel-sel malignan.
  • Kemoterapi- Penggunaan ubat-ubatan anti-kanser atau sitotoksik kini adalah rutin dalam rawatan medulloblastoma. Ia juga digunakan dalam rawatan kanak-kanak/bayi dengan beberapa jenis tumor untuk melambatkan penggunaan radioterapi.
  • Steroid- Digunakan untuk mengurangkan pembengkakan otak. Ia tidak mengubati tumor tetapi dengan mengurangkan bengkak dapat memperbaiki gejala dan membantu kanak-kanak menjadi lebih baik.
  • Anticonvulsants adalah ubat yang digunakan untuk merawat atau menghalang keradangan. 

kredit: care.upm
 

No comments:

Post a Comment