Saturday, February 27, 2016

Tips Untuk Student PHD




Jgn ada conflict dgn SV... SATU jer langkah utk anda lakukan !

Ini pesanan utk calon PhD yang fresh... (std masterpun boleh baca...)

SV ada ego... sebab dia macam jugak aku dan anda... adalah manusia. Kitapun ada ego....kan..kan..?

Banyak yang bagi tips nak handle SV... ada yang sampai 20 tips... perghh... maklumlah SV ada macam2 styles. Aku cuma nak bagi satu tips jer yang aku percaya jumhur SV mendambakannya dari supervisee, terutama calon PhD.

Hanya satu jer yang anda kena lakukan… spt mengikut urutan berikut.

1. Dapatkan artikel topikal terbaik dlm bidang anda

2. Kenalpasti beberapa leading scholars berkaitan kajian anda

3. Susuri kajian2 oleh leading scholars tersebut dan kuasai pbahasan 
pkembangan pengetahuan / teori yang mereka gunakan yg releven dgn 
kajian anda

4. Ikuti bengkel (carilah kat mana2…) analisis data quali dan quanti supaya anda ada idea bila menjelaskan cadangan method kajian anda yang melibatkan analisis data, dan anda ada kefahaman bila membaca artikel (benda ni tidak diajar dlm kelas Research Methodologi / statistik)

Apsallak cam tu bro?

Dgn ini apabila anda berbincang dan bertemu SV…

1. Anda dilihat sebagai seorang yang INDEPENDENT

2. Anda dilihat sudah mula MENGUASAI bidang kajian anda

3. Anda telah mampu menulis REVIEW PAPER / CONCEPT PAPER utk 
publication

4. Anda akan memahami KOMEN / RESPON / FEEDBACK dari SV baik dari segi method / theory / analysis / terminologies

5. Anda dilihat bersedia untuk menyiapkan PROPOSAL yang baik

6. Anda dilihat CONFIDENT dan KOMPETEN

7. Anda dianggap telah BERSEDIA utk memikul tjawab sebagai calon PhD

8. Anda tidak dianggap LIABILITY kepada masa SV

9. Anda akan menjadi CONTOH supervisee kepada supervisee yang lain bawah SV yang sama

10. Anda hanya perlu bertemu SV bila ada KEPERLUAN atau masalah yg tidak difahami …. bukan melarikan diri kerana anda yang bermasalah

Jadi… setinggi manapun ego atau sepelek manapun style SV… semuanya mendambakan seorang supervisee dgn ciri2 di atas.

Tak cayolah cakap den? You are free to disagree...

kredit: Othman Talib