Tips Nak Jadi Doktor Paling COOL



Untuk adik-adik doktor...

Tips untuk tidak 'jonah' (or whatever the spelling is)  @ Tips untuk menghadapi oncall dengan tenang 

Assalamualaikum

Ini perkongsian dari seorang kronik MO. Doktor biasa. Bukan doktor pakar. Tak pandai bedah orang.

Dahulunya akak juga seorang houseman. Juga rasa tekanan setiap kali sebelum oncall, hari oncall. Cukup fobia dengar bunyi ambulance.

Nak-nak lagi bila kita oncall dengan MO 'favourite', Allah saja yang tahu perasaan libang libu kita. 

Dahulu, sejak dahulu, istilah jonah itu istilah kita. Ke ada doktor yang tak tahu? Confirm bukan training di Malaysia..

Dan saya kategori houseman yang tak jonah. Menjadi rebutan MO sebab MO yang jonah pun saya 'counter' jonahnya. (Bersepai English aku!) 

Pernah dengar tips untuk tidak jonah? Rata-ratanya mengarut dan kurafat. Hehehe. Malu nak sebut disini. Kami para doktor pun suka mengarut juga.

Bagaimana cara saya?

Sehari sebelum oncall, wajibkan diri adik-adik bangun solat malam. Yang tak boleh solat, bangun juga untuk berdoa.

Minta pada Allah dipermudahkan untuk oncall esok hari, pesakit tak ramai, mudah diurus, pesakit selamat dalam management kita, lembutkan hati MO yang oncall dengan kita, pakar juga. Minta dengan Allah kita dapat manage pesakit dengan baik, dapat kerjasama dari misi-misi, dapat kerjasama kawan-kawan.

Alhamdulillah.

Kesannya memang hebat.

Bila Allah jadi sandaran kita, badai taufan datang kita tempuh jua.

Mudah, lancar, tenang.

Yang garang jadi lembut, yang hangin jadi sepoi-sepoi, yang degil jadi lentur.

Yakinlah...
InsyaAllah...

Buatlah adik-adik...
Dan adik-adik akan terasa kesannya...jika jonah pun tersenyum jua 

Comments

Popular Posts