Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Sunday, February 21, 2016

Tips Nak Beli Iphone Second Hand




Tip simple checking sebelum beli Iphone secondhand:

1) Paling utama check status Apple ID pastikan di ruangan Icloud tiada emel owner. Jika ada minta seller supaya sign-out dahulu. Jika seller beri pelbagai alasan untuk tidak sign out Apple ID jangan beli walaupun seller offer harga murah.

2) Check Touch Screen & display
Caranya drag icon application ke seluruh permukaan skrin untuk pastikan semua 'touch point' berfungsi dengan baik.
Jika display kelihatan warna putih kekuningan di sekeliling bahagian tepi skrin kebiasaannya Iphone pernah dimasuki air@lembapan.

3) Check semua button volume, vibrate/ringer, On Off dan Home button.
- Untuk Iphone 4@4S pastikan imej 'volume bar' keluar semasa menekan button volume up/down. Jika imej volume bar tidak kelihatan bermakna ada kerosakan pada charging port.
- Untuk Iphone 5S @ 6 pastikan function Thumb Print berfungsi.

4) Check loud speaker (buzzer)

5) Check line (carrier) & data dengan masukkan simkad. Lihat pada Coverage bar pastikan ada 3G/4G. Jangan beli jika coverage bar menunjukkan 'Searching' @ 'No Service'.

6) Check wifi connection.

7) Check charging port & status bateri.
Lihat pada port mengecas di bawah Iphone jika didalamnya kelihatan kotor,hijau berlumut biasanya Iphone tersebut pernah dimasuki air.
Status bateri:
Caranya turn on 'battery percentage' dan sambungkan cas pada powerbank. Biar lebih kurang 1 minit. Jika peratus bateri naik dengan cepat contoh dari 10% terus naik ke 20% @ 40% atau full charge menunjukkan bateri bermasalah.
Bateri yang sihat level percent nya akan bertambah sekitar 2% sahaja setiap seminit semasa mengecas.

8) Check Speaker & Mic dengan membuat panggilan.

Lain-lain pemeriksaan termasuklah:

-Check region model Iphone di ruangan setting.
Iphone keluaran Japan (J/A) dan Korea (KH/A) tak boleh silent shutter kamera.
Ada juga sesetengah model import refurbish tak support rangkaian 4G. Seeloknya cari Iphone set Malaysia (MY) ataupun Singapore (ZA).

-Pastikan kedudukan skrin Iphone berada rapat pada body. Jika skrin renggang@terangkat kemungkinan berpunca daripada bateri kembung ataupun Iphone tersebut pernah jatuh.

-Lihat juga pada dua biji skru kecil di bahagian bawah Iphone adalah sama jenis dan masih elok. Tujuannya nak elakkan terbeli Iphone yang dah pernah baiki macam macam.

-Goncang Iphone tepi telinga anda. Jangan beli jika ada bunyi. Semua komponen original dalam Iphone dipasang dengan baik dan kemas.

Pendek kata jadilah pembeli Iphone yang cerewet supaya anda tak rugi. smile emoticon





No comments:

Post a Comment