Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Sunday, February 14, 2016

Syariat Tarekat Hakikat Maarifat



SOALAN: MOHON PENCERAHAN UNGKAPAN BAHAWA DALAM SYARI'AT, HARUS DIRANGKUM TARIQAT, HAKIKAT DAN MA'ARIFAT

Jawapan:

Apabila berbicara tentang ilmu tasawuf kita tidak akan terlepas mendalami beberapa cabang ilmu iaitu:

- Syari'at
- Tarekat
- Hakikat
- Ma'arifat

Ulama tasawuf dgn kekuatan ilmu dan amalnya mengatakan: "Sempurnanya amal itu dengan menggabungkan keempat cabang ilmu iaitu syari'at, tarekat, hakikat dan ma'arifat".

Apa itu Syari'at ?

- Adalah hukum dan peraturan agama Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat Muslim, berupa penyelesaian masalah seluruh kehidupan in                                  i.

Apa itu Tarekat ?

- Adalah jalan untuk menjadi orang yang bertaqwa, yakni menjadi orang yang diredhai Allah SWT.

Apa itu Hakikat ?

- Adalah iktikad (kepercayaan) sejati mengenai Allah SWT melalui keluhuran hati. Sehingga tidak ada yang dilihat atau didengar selain Allah SWT, atau gerak dan diam itu diyakini dalam hati pada hakikatnya adalah kekuasaan Allah SWT.

Apa itu Ma'arifat ?

- Adalah pengetahuan dan pengalaman, iaitu gabungan dari syari'at, tarekat dan hakikat yang hasilnya menuju kepada mengenal Allah SWT dan segala ilmu alam semesta yang termaktub dalam Al-Quran serta mentaati syari'at Rasulullah SAW.

Kesimpulan:

- Memang benar syariat dan hakikat adalah saling berkait, keduanya menguatkan antara satu dgn yg lain.

- Memahami ilmu ini perlu displin yg betul agar gandingan keempat cabang ilmu ini benar2 menjadi matlamat yg satu iaitu jalan menuju kepada keikhlasan dalam menyembah Allah SWT.

- Bermula dari mempelajari ilmu syari'at kemudian mensucikan hati dgn tarekat sehingga bertemu hakikat diri dan hakikat Maha Pencipta Allah SWT.

Semoga akan bertambah sempurnalah segala amalan kita...... Insyaallah.

Wallahua'lam bishawab




No comments:

Post a Comment