Sunday, February 14, 2016

Survey 12 Orang Berbeza Mendapati ...



Hari ini saya buat ''SURVEY'' jumpa orang lelaki sahaja seramai 12 orang untuk bertanyakan soalan "jika encik sudah tiada nanti, apa persediaan encik untuk ditinggalkan pada isteri dan anak-anak untuk teruskan kehidupan".

Ini jawapan yang saya terima untuk 12 orang. Harap ada yang sudi untuk beri kesimpulan bagi jawapan-jawapan di bawah.

Orang 1: (enggan ulas)

Orang 2: syarikat saya kerja ada sediakan khairat kematian RM3K untuk keluarga saya. & (enggan ulas panjang).

Orang 3: buat masa ini saya ada rumah sendiri sahaja untuk diberikan pada isteri dan anak-anak untuk berlindung. Dari segi duit, akan difikirkan kemudian.

Orang 4: belum terfikir lagi benda ni. & (enggan ulas panjang).

Orang 5: tak ada apa nak diberikan, pokok pisang banyok lerr ( dalam nada gurauan )

Orang 6: Saya dah sediakan pampasan insurans saya untuk anak isteri saya. Harap cukup.

Orang 7: belum sediakan apa-apa lagi.

Orang 8: Saya ada kebun, rumah, boleh bagi diorang ( anak isteri )

Orang 9: hutang saya banyak ni. tengoklah macam mana nanti. (enggan ulas panjang)

Orang 10: Saya ada wasiatkan pampasan insurans pada isteri dan anak-anak saya jika saya tak ada nanti. nak kumpul duit sendiri mana sempat.

Orang 11: belum sediakan apa-apa lagi. tapi, keluarga saya ramai boleh bantu.

Orang 12: tak tahu la. sakit kepala nak fikir nya. (enggan ulas)

Takaful Lady
I Love My Job
kredit: Haizi Azlan