Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Thursday, February 11, 2016

Solat Solat Solat Solat



MULA

bagi muslim yg mungkin tak tahu cara solat, usah malu/segan untuk belajar macam mana nak solat. boleh beli buku, datang kelas2 agama atau belajar terus dengan mana-mana ust/ustazah. kelebihan korg ialah, Allah bagi 2x ganjaran, ganjaran sebab belajar & lagi satu sebab amalkan terus.

LANGKAH #1

bagi yang dah tahu cara solat, pastikan solat fardhu kita cukup 5x sehari. Solat fardhu ni yang Subuh pagi-pagi buta tu, Zuhur yang biasanya waktu makan tengahari kita, Asar yang petang-petang sebelum riadhah tu, Maghrib bila matahari nak tenggelam & Isyak bila malam mula gelap gelita.
apa pun kerja & apa pun masalah, kita sbg muslim wajib buat 5x solat ni.

LANGKAH #2

bila dah memang solat kita tu cukup, usahakan untuk solat di awal waktu; terutamanya jika kita tak terhalang dek apa-apa urusan. masa ni kita akan mula susun jadual waktu kita sekitar waktu solat. Sbg contoh kalau dah asyik terlajak subuh, kita akan cuba tidur awal pulak tengok terlajak lagi ke x. atau, kalau asyik Zuhur akhir waktu, cuba lunch lepas solat pulak, etc. pada yg sama, cuba fahami maksud bacaan2 dlm solat tu jugak.memandangkan solat ni tiang ni tiang agama, kita kena usaha sehabis baik untuk melakukannya ONTIME EVERYTIME.


LANGKAH #3

masa ni, cuba biasakan diri dengan solat-solat sunat rawatib. solat sunat rawatib ni yang sebelum subuh (ini paling utama), sebelum & selepas zuhur, sebelum asar, selepas maghrib dan sebelum & selepas isyak. solat sunat ni akan tolong lengkapkan apa2 yg TER-lopong masa solat fardhu. 2 rakaat je pun solat-solat sunat rawatib ni

EXTRA

bila kita dah biasakan diri dengan solat-solat sunat ni, mari terus boost amalan rohani kita ni dengan solat Tahajjud & Dhuha sekurang-kurangnya. Tahajjud & Dhuha ni boleh buat sampai 12-rakaat, tapi dapat buat 2 rakaat konsisten setiap hari pun cukup baguih dah kita2 ni. dan ada macam-macam lagi solat sunat ni; Ishraq, Taubat (sgt digalakkan), Hajat & Tasbih. pelan-pelan kita upgrade diri & buat semua solat2 sunat ni kay.

dah nama pun extra, jangan sampai buat extra tapi tertinggal yang utama. contoh, jangan Dhuha tak pernah tinggal tapi Subuh tak pernah buat. Ingat, apa-apa pun solat fardhu tu paling utama. Senang je nak faham, kan?

TAK LARAT NAK SOLAT BERDIRI KLIK SINI

No comments:

Post a Comment