Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Tuesday, February 16, 2016

Rumpun Melayu Pelayar Terhebat ?



Rumpun Melayu : Peneraju Dan Pengembara di Lautan.

Ramai di kalangan generasi sekarang menyempitkan definasi bangsa Melayu sebagai satu etnik kecil yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan Sumatra sahaja .Malah ada beberapa etnik yang enggan mengaku mereka juga tergolong di dalam rumpun Melayu . Definasi ini sudah berkembang sekian lama seiring dengan era penjajahan yang memecahkan sempadan sempadan negara.

Hakikatnya rumpun Melayu- Polynesia ini ini adalah satu rumpun bangsa yang besar meliputi hampir separuh dunia sebelah selatan yang terbentang dari Madagaskar di barat hingga ke Hawii dan kepulauan Easter di wilayah paling timur.

Di dalam rumpun Melayu yang besar itu ada etnik yang diberi nama khas seperti Jawa, Banjar , Minang, Aceh , Bugis , Banjar , Maori , Iban , Kadazan , Melanau dan sebagainya. Tapi ada juga etnik etnik yang dinamakan mengikut tempat seperti Melayu Kedah, Melayu Kelantan,Melayu Patani , Melayu Campa , Melayu Perak, Melayu Pahang , Melayu Riau, Melayu Palembang dan lain lain. Inilah yang sering menjadi kekeliruan.

Di zaman silam , rumpun Melayu ini adalah merupakan peneroka lautan paling awal . Malah ada pendapat menyatakan bangsa Cina sendiri belajar ilmu pelayaran dari bangsa Melayu di zaman dahulu.

Oleh kerana kemahiran rumpun Melayu dahulu kala dalam bidang pelayaran , maka mereka telah belayar ke serata tempat termasuk di kepulauan Pasifik , seterusnya membina penempatan dan menubuhkan kerajaan kerajaan di sana. Raja Hawaii sendiri pernah mengaku asal usul mereka adalah dari rumpun Melayu Nusantara. Begitu juga suku Maori, Samoa, Haiti dan suku Mariner di Madagaskar juga menyatakan bahawa datok nenek mereka berasal dari Asia Tenggara .

Apa buktinya?
1.Dari segi kemiripan paras rupa.
2.Sebutan angka yang hampir sama dan sangat mirip dengan bahasa Melayu Nusantara.
3,Terdapat banyak perkataan perkataan yang ada persamaan dengan bahasa Melayu Nusantara . Contohnya " Langit".
4.Semuanya masih mewarisi kemahiran dalam bidang pelayaran
5.Tradisi pakaian yang hampir sama (bercorak batik). 
6.Mahir dalam anyaman menggunakan daun kelapa atau mengkuang.
7. Memiliki kemahiran menenun kain.
...dan banyak lagi persamaan....



No comments:

Post a Comment