Risiko TB Berjangkit Kepada Rakyat Malaysia ?



Risiko penyakit TB berjangkit kepada Rakyat Malaysia semakin TINGGI dengan kemasukan 1.5 juta Pekerja Bangladesh

Beberapa fakta yang perlu kita tahu: 

1. TB merupakan punca utama kematian disebabkan penyakit berjangkit di Malaysia dengan 1,603 kes dilaporkan tahun 2014 berbanding 1,597 pada 2013.

2. Terdapat peningkatan kes TB di Malaysia sebanyak 2.7 % iaitu dari 24,071 (2013) kepada 24,711 (2014) . 

3. 47% daripada pekerja asing yang menjalani pemeriksaan FOMEMA di Malaysia disahkan menghidapi TB dalam tahun 2014. 

4. Lebih 17, 000 pekerja asing didiagnosa TB SETIAP TAHUN, sejak dari tahun 2012 hingga 2015.

5. Sekumpulan penyelidik dari USM dalam hasil kajian mereka bertajuk " Urbanisation process and the prevalence of tuberculosis in Malaysia" melaporkan bahawa Malaysia membawa masuk ramai pekerja asing dari Indonesia, Filipina, Bangladesh dan Myanmar yang dilaporkan oleh WHO antara negara yang mempunyai kadar TB yang tinggi dinegara masing-masing kerana tiada program imunisasi tersusun di negara masing-masing. 

6. Penyelidik yang sama menyatakan dalam kajian mereka dari statistik Jabatan Imigresen, bilangan pekerja asing tanpa izin / tanpa permit adalah lebih tinggi dari pekerja asing yang sah. Jika pekerja asing yang sah, dikesan menghidapi TB melalui FOMEMA seperti fakta no 3 dan no 4, kita jangkakan bilangan kes TB yang tidak dilaporkan dikalangan mereka yang tidak berdaftar adalah lebih banyak! 

7. Kadar jangkitan TB ini diburukkan oleh sikap majikan yang menempatkan pekerja - pekerja terlalu ramai dalam sesebuah kongsi bagi menjimatkan kos.

Kesimpulannya, pihak kerajaan seringkali bercanggah sesama kementerian, dan seterusnya memberi gambaran bahawa mereka mengabaikan impak kesihatan dalam keputusan yang diambil tentang isu. 

Pihak Kementerian lain sebaiknya merujuk pihak kesihatan terlebih dahulu demi kepentingan rakyat.

Jangan jadi seperti isu Bauksit dan Vape yang merosakkan kesihatan rakyat kerana ketamakkan pihak kapitalis kolar putih.

Sumber: Prof Madya Dr Rafidah Hanim
Diedit: DAR





Comments

Popular Posts