Ratu Naga Ada Ilmu Perubatan ?



Admin yakin bahawa salah satu golongan yang dinyatakan dalam hadith nabi berkenaan akhir zaman telah pun wujud. Inilah golongan yang kita namakan sebagai golongan Ruwaibidhoh. Dimana nabi memperincikan sifat mereka adalah orang yang jahil(tiada ilmu atau pengalaman) tetapi cuba utk menguruskan maslahat ummah. 

Ironinya mereka menggunakan agama untuk menutupi keyakinan sesat yang mereka cuba bawakkan. 

Kami nak bagi perumpamaan yg sama dgn keadaan ini supaya senang utk anda semua hadam. Sebagai contoh, jika anda ingin menaiki kapal terbang ke sesuatu tempat. Sudah tentu anda akan memberi kepercayaan terhadap orang yg telah belajar dan mempunyai pengalaman memandu kapal terbang sahaja. Jika ada orang lain sebagai contoh Jerry D Gray/ratu naga(seperti dalam gambar tersebut) mempelajari bagaimana untuk belajar naik kapal terbang melalui internet tanpa berguru dan tanpa pengalaman, adakah anda akan membenarkan dia membawa kapal terbang tersebut? Sudah tentu tidak bukan.

Hanya orang gila sahaja yg membenarkan Jerry D Gray/Ratu Naga membawa kapal terbang tersebut. Dan jika dia cuba juga membawanya, sudah tentu dia akan membahayakan nyawa mereka yang berada di dalam kapal terbang tersebut.

Begitu juga jika dibawa pada konteks menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Jerry D Gray hanyalah seorg mualaf yang merupakan bekas tentera AS dan tiada mempunyai idea langsung berkenaan dgn perubatan. Adakah ini yang kita ambil untuk menjadi sumber rujukan untuk bidang perubatan.

Jika anda tiada ilmu tetapi cuba juga menyampaikan, maka anda akan merosak dan meletakkan masyarakat dalam bahaya seperti mana jika anda cuba membawa kapal terbang tetapi anda tidak belajar mengenainya 

Jahil penawarnya ilmu. Dan untuk mendptkan ilmu adalah dgn belajar. Belajar pula kena berguru. Bukan belajar drpd internet/FB/whats apps dan sebagainya.

Akhir sekali, tak perlulah nak salahkan orang lain(seperti dajjal or yahudi) atas kejahilan diri sendiri. Klu betul nak tahu tanya pakar. Bukan percaya gosip2 dalam internet yg kepincangannya lebih banyak drpd kebenarannya.




Comments

Popular Posts