Saturday, February 27, 2016

Ramai Tak Sedar, Home Birth Yang Menyeramkan ...



maaflah ustaz tp sy x setuju.

sy rasa ustaz jarang2 tahu kisah ibu2 meninggal sebab trial of home delivery (placenta praevia major-ibu mati anak mati, postpartum hemorrhage-ibu mati, eclampsia-ibu dan anak mati, baby besar trial of home delivery tak berjaya baby stuck-anak mati). dan banyak lagi kisah kematian yg bila sampai di hospital kami usaha gigih mcm mana pon tak berjaya sbb keadaan sudah teruk dan dukun atau bidan yg konon membantu ibu lepas tgn begitu saja.

maaflah benda mcm ni xboleh nak cakap ikut pengalaman moyanglah,nenek lah etc.setiap kelahiran tu berbeza. dan ye mmg ada program klinik dlu yg train bidan2 kampung ni supaya tahu nak kenalpasti apa itu obstetric emergency yg perlu dirujuk pd hosp.dan mereka siap dibekalkan alatan utk bantu ibu bersalin tp sudah dihentikan program sbb ada golongan tidak brtanggungjawab yg mengambil keuntungan sendiri dan masih tak dpt menurunkan mortality rate.


dan setahu sy vaccine dimulakan oleh muslim scholars pd zaman khalifah uthmaniyah.

ye memangla parents boleh ckp hak dia utk vaccine anak ke tak tp pilihan dia tu boleh bawak mudarat pd anak org lain juga (herd immunity tak tercapai bila ramai tak ambil vaccine). oh Allah please protect our kids.

mungkin org ramai mulai sekarang boleh la ambil nasihat doktor utk belajar bawak plane, belajar mcm mana nak manage heart disease diabetis tuberculosis dengue zika GDM PIH HPT etc dari org agama, dan tak perlu lah adik2 yg nak exam berguru dgn cikgu subjek masing2..sekarang ni sesiapa pon boleh beri ilmu yg bkn bidang kepakaran dia.

dan ya,kami kehilangan dua kakak yg tak berjaya dilahirkan di rumah (area kampung, perkhidmatan hosp jauh). dan selepas ada hospital dibina,mak kami bersalin di hospital selepas apa yg dilalui. dan tidak membenarkan kami adik beradik bersalin di rumah sama sekali.

kredit: Ainal Faezah