Punca Kegagalan Buah Pinggang



Salam. Sy ada maklumat nak kongsi berkaitan bidang saya. Sy tak ada ayat sesuai tp in shaa ALLAH mudah fhm.

Rata2 pesakit yg sy temuramah. Ramai menyesal ckp "bila tak jaga darah tggi/ kencing manis, doktor atau nurse hny bgtau nnt sakit buah pinggang susah. Tp tak bgtau tentang hemodialisis."

Statistik pesakit meningkat sgt drastik tahun demi tahun dan sy terpanggil utk berkongsi dgn anda kerana penyakit buah pggang/kidney failure 'merampas' MASA, KESIHATAN dan DUIT anda.

Sy rgkaskan, bila kedua-dua buah pinggang rosak, ada beberapa perkara yg kita tak boleh elak. 
1. Pergi ke dialisis. 
2. Makan ubat sepanjang hayat. 
3. Badan makin lemah. 
4. Terpaksa pantang byk jenis makanan. 
5. Belanja duit yg sgt banyak.

Memandgkan ramai kurg pasti apa peranan Pusat Hemodialisis.

Haemodialysis/hemodialisis Haemo=darah. Dialysis=cuci.

Hemodialisis adalah pusat mendapatkan rawatan cuci darah & singkirkan air dlm bdn utk pskt meneruskan kehidupan bg kes kerosakan kedua-dua buah pinggang.

Waktu rawatan 3x seminggu, 4 jam 1 sesi.

Kos rawatan rm200-350 setiap sesi. 
Rm2000-4200 sebulan‼

Leher anda akan ditebuk, dimasukkan tiub utk tujuan cuci darah & ianya sgt tdk selesa & mudah dijangkiti kuman jika tak dijaga dgn baik. Tiub akan disambung ke mesin dialisis utk proses pembersihan darah & penyingkiran air berlebihan dlm bdn.

Sbb apa buah pggang rosak?

-Kencing manis & darah tinggi yg diabai/tak dirawat. 
-cedera bhgian buah pggang. 
-painkiller/pcm berlebihan

Antara kekurangan/risiko kegagalan buah pinggang‼

-mata cepat kabur. 
-Tulang mudah reput. 
-Risiko serangan jantung. 
-warna kulit berubah. 
-Terpaksa makan ubat spnjg hayat. 
-Mandul.
-Mati pucuk.
-Kena PANTANG air n mknn spnjg hayat. 
-Pengambilan mknn/mnuman tak blh lebih 3kg utk 2 hari atau anda akan sesak nafas (terus ke hospital).
-Tak blh lakukan aktiviti lasak/kerja berat. 
-Susah nak travel.

Apa yg anda perlu lakukan utk elak 
Hemodialisis?

-Amalkan pemakanan seimbang. Lebihkan buah & sayur setiap hari. 
-Digalakkan mkn supplement. 
-Mnum air mineral/suam dgn kerap..
-Senaman kardio minimum 30min smggu (jogging, cycling & sbgnya). 
-Tidur cukup (12am-3am waktu tidur terbaik) tidur 5-8 jam bergantung pd anda.

KURANGKAN‼
-'processed food' spt sosej, burger, dll. 
-'Fast food'/mknn segera.
-Mknn tggi garam/gula/lemak. 
-Air gas/manis, susu pekat, garam, gula.
-Painkiller. 
-Mknn dlm tin. 
-Stress

*inilah punca utama diabetes, hypertension & diakhiri dgn kegagalan buah pinggang.

Jika anda mghidap darah tggi, kencing manis, jgn skip ubat/insulin spt yg diarahkan doktor. Amalkan gaya hidup sihat. Masih blm terlambat.

Tp jika ditakdirkan buah pinggang rosak, terimalah dgn redha krn ALLAH maha mengetahui.

Jaga badan, tegas dlm penjagaan makanan & sayangilah keluarga anda. Cegah sblm terlambat! Menyesal kemudian tiada guna.

Utk maklumat lebih lanjut, google haemodialysis, hypertension, diabetes, peranan buah pinggang.

Atau blh melawat pusat dialisis berdekatan.

Harap info ni dpt membantu. Terima kasih.

Comments

Popular Posts