Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Monday, February 15, 2016

Perabot Mewah Bukan Jaminan Kebahagian ?



Apabila masuk rumah baru, kebanyakan kita merancang untuk beli perabot-perabot yang cantik -cantik dan mahal-mahal.

Masing-masing fikir nak buat konsep apa. Moden ke, klasik ke, ala-ala tradisional ke. Sampai bergaduh laki bini, perabot punya fasal.

Tapi sedarkah kita, perabot-perabot yang mahal lagi cantik yang kita penuhkan rumah kita itu, tidak mampu memberi jaminan kebahagian untuk kita.

Ramai orang yang tidak lena tidurnya walaupun tidur diatas tilam empuk dan katil kayu jati import, berbanding yang hanya tidur diatas toto nipis dan berbantalkan bantal kekabu sahaja. Letak saje kepala, sedar-sedar dah subuh.

Ramai orang yang tiada selera makan nya walaupun makan diatas kerusi dan meja makan yang luas dan buatan eksklusif, tiada dijual di Ekea. Makan pulak sorang -sorang aje. Berbanding yang makan hanya beralaskan tikar plastik, tetapi habis satu periuk nasi. Makan pulak satu keluarga.

Ramai orang yang pinggan mangkuk nya berdozen dozen. Macam macam jenis dan warna. Akopal lah Akorok lah. Tetapi hanya jadi bahan tayangan yang tersadai di dalam almari hiasan di sudut ruang tamu. Berbanding yang ada 2, 3 biji pinggan mangkuk tetapi sering digunakannya setiap hari ketika makan bersama keluarga.

Ramai juga orang yang perabot dalam rumahnya penuh satu rumah. Pantang ada ruang kosong. Pasti akan dipenuhkan nya dengan perabot. Kononnya tak nak bagi rumah nampak kosong sangat. Sampaikan anak-anak nak berlari pun terpaksa tekan break emergency, bimbang terhantuk kepala dengan perabot jati. Kalau terhantuk, perabot pecah atau rosak, anak-anak jugak yang kena marah. Silap-silap haribulan kepala anak yang pecah. Berbanding yang hanya ada satu meja tv tanpa kerusi. Anak-anak bebas berlari ke sana ke sini, melayan kegembiraan mereka sambil ibu bapa tersenyum melihat keletah anak-anak.

Ramai juga orang sanggup hias bilik tidur warna warni. Dalam bilik penuh dengan perabot mengikut warna tema bilik. Sampaikan ruangan untuk solat dan beribadah dirumah punya lah sempit. Itupun betul-betul depan bilik air. Berbanding orang yang setiap sudut rumahnya boleh digunakan untuk bersolat jamaah bersama ahli keluarga. Ruangannya luas dan dijaganya dengan bersih.

Maka oleh itu, janganlah kita menganggap kebahagiaan itu hanya sekadar bersandarkan kepada rumah yang mewah dan perabot dalam rumah yang cantik semata-mata. Kebahagiaan itu milik Allah. Dia lah yang memberikan kebahagian kepada hamba hambaNya yang Ia kehendaki.

Sebaliknya bersyukurlah kita jika diberikan kelebihan dan kemewahan. Kerana Allah suka akan hamba hambanya yang bersyukur. Baik perabot banyak atau tidak banyak dalam rumah, bersyukurlah. Dan yang sebaik baiknya adalah bersederhanalah dalam setiap perkara. Insyaallah.





No comments:

Post a Comment