Paracetamol vs Doa Ibu vs Iman ?


Serius status ni aku tak tahu nak letak gambar apa. Aku rasa ni paling sesuai. Mesejnya ringkas. Tapi maksudnya dalam.

Selalu status aku viral. Banyak isu. Banyak aku nak tulis dan aku akan pilih bahasa yg mudah faham. Mungkin sebab aku bekas ketua editor di sebuah syarikat penerbitan, dan suka membaca, sebab tu aku suka taip panjang2.

Ada yg setuju, ramai gak yg hentam. Tapi nk buat mcm mana, aku degil. Andai kebenaran nabi s.a.w hentikan sebab melayan kebencian manusia dizaman baginda, aku tak tahu berhala apa yg aku sedang sembah skrg.

Jadi, aku persetankan kebencian manusia yg banyak macam kemuncup dikaki, aku tak nak melayan, cuma terus mara kedepan. Cuba ajak kawan2 supaya berfikir tentang keTuhanan.

Aku cerita bab susu badan dan bab pemakanan bukan sebab aku pandai, tapi motif aku satu. Aku nak ajak manusia kembali menjadi hamba pada Tuhan yg Esa.

Kau tak perlu tengok awan ada kalimah Allah, tunggu daging ada kalimah Allah baru kau nak nampak kebesaran Tuhan. Kau lihat pada dunia dan kehidupan seisinya pun kau akan nampak kebesaran Tuhan.

Ramai orang keliru tentang definisi Iman. Iaitu iktikad dgn hati, lafaz dgn lisan dan amal dgn perbuatan. Tapi hari ini ramai lafa dgn lisan dan buat dgn perbuatan, tapi hakikat hati mensyirikkan Tuhan.

Syirik ni dosanya boleh undang murka Tuhan. Pasti ke neraka. Tuhan tu maha pengampun, kalau kesalahan bab feqah, insyaallah di atas Rahmat Tuhan yg agung kita diampunkan. Tapi bab mensyirikkan Tuhan ni bab akidah kawan, disinilah Azazil main peranan. Si Iblis laknat yg dah berjanji dengan Tuhan nak sesatkan manusia. Iblis akan sesatkan bab akidah kawan. Tapi hari ni ramai bergaduh bab feqah. Sampai kafir mengkafir. Dan tolong iblis buat kerja kesesatan.

Hari ni genap Hannah setahun sebelas bulan. Lagi sebulan insyaallah lunas amanat nafkah bab susu badan. Aku harap kesungguhan aku ni jadi hujah aku pada Tuhan kelak.

Kita solat, tapi hati kita sembah berhala namanya duit. Kita minta anak dan diri kita nak sihat, tapi kita tetap yakin makan paracetamol boleh sembuhkan penyakit.

Itu apa namanya? Syirik. Menyamakan Tuhan dengan makhluk tu bukan hanya pada perbuatan, niat pada hati pun syirik kawan.

Tapi kan kita kena usaha? Takkan nak tawakkal sahaja?

Hati2 bila berbicara kawan. Soalan macam ni yg iblis hendakkan. Sebab soalan ini yg iblis tanya pada Tuhan sewaktu Tuhan perintahkan iblis sujud pada Nabi Adam a.s dan Iblis berani persoalkan lantas dihumban.

Bila kita usaha, kita mesti usaha sehabis upaya betul tak? Sanggup bangun pagi2, cari rezeki. Berpisah dgn suami. Buat 2 dan 3 kerja sehari.

Tapi kenapa bila bab tawakkal pada Allah kita tak kuat macam kita usaha?

Ramai ibu inbox aku, pasal remedies, aku bantu guide melalui inbox FB. Alhamdulilah, ramai yg jadi. Cuma yg aku kesal ada yg mengeluh, dan ada yg kata... " Susah la xde paracetamol ".

Lahaulawalaquwwataillabillah.....

Mengucap kawan...mengucap. Akidah apa yg dah menakluk fikiran kalian? Akidah paracetamol?

Kebapa begitu rendah tawakkal kalian? Kalau yg berbuat maksiat pun Tuhan masih izinkan, takkan nak minta anak sembuh Tuhan tidak izinkan?

Ubat penyakit anak, pada manusia bergelar ibu. Dah doa? Tahu doa ibu tu kekuatannya bagaimana? Yg menyusu badan, 2 tahun darah kalian masuk dalam jasad anak, minta sahaja pada yg Esa. Pasrah diatas sejadah.

Doa ibu ni meluru membelah lautan, melepasi lapisan langit ketujuh, bergoncang gunung dan ganang. Minta sahaja dari yg Maha Kaya.

Kalian kata dah minta. Tapi tidak malukah kalian, minta doa dari Tuhan yg Esa, tapi tidak yakin akan kekuasaanNya. 

Nak yakin macam mana? Nak tahu ukurannya?

Yakin kamu itu ukurannya, kamu nampak api didapur, tidak mampu membakar tangan kamu tanpa izin Tuhan.

Kamu nampak pisau di dapur, pisau itu tidak mampu melukai kamu tanpa izinnya Tuhan.

Ya!! Itu ukuran keyakinan kamu. Jika usaha 100%, maka tawakkal juga harus 100% bahkan lebih.

Didalam hidup ini, tanpa kita sedari, setiap hari kita syirik pada Tuhan. 

Kawan2... Ibu2... Bukan aku saja2 cerita penyusuan badan. Disitu ada jalan mendekati Tuhan.

Dunia semakin tenat. Masyarakat semakin penat. Kebencian semakin melarat.

Disebabkan kesilapan seorang warga asing meraba wanita, kita hukum semuanya mereka sama rata. Kita cambahkan benih kebencian dalam diri kita.

Deyy... Sebelum viral warga asing meraba wanita, berapa ramai anak muda melayu melakukan zina? Berapa ramai anak muda melayu meraba wanita?

Bangla yg kalian benci tu, ramai dikalangan mereka bantu penuhkan saf2 dimasjid dikala kalian leka dengan dunia. Ya!! 5 waktu penuh!!

Dimana melayu2 hebat yg sibuk menanamkan kebencian merata-rata? Saf banyak yg kosong.

Kejahatan bukan pada warga asing. Kejahatan dimana-mana. Termasuk dalam diri manusia warganegara Malaysia.

Jangan disebabkan seorang warfa asing, semua kalangan mereka dihukum sama rata. Fitnah dimana-mana.

Bagaimana jika adik kalian diluar negara dilayan sedemikian rupa? Dibenci dan disiksa?

Sebab tu kembali pada Al quran. Kembali pada asas agama. Keyakinan pada Tuhan sudah tiada. 

Bila kamu ada anak, dan anak kamu leka bermain telefon bimbit, dan tidak mengendahkan apa yg kamu katakan padanya, pasti kamu mengambil telefon dan menghempaskan dilantai sebagai ingatan bukan? Dan supaya anak kamu beri perhatian pada kamu bukan? Dan kamu berbuat begitu sebab kamu sygkan anak kamu bukan?

Anggap sahaja, apa yg berlaku dalam negara ini ingatan dari Tuhan. Sebab Tuhan syg pada manusia.

Samada bala atau ujian ianya pasti dari Tuhan. Bala ciri-cirinya jika datang, semua akan kena.

Jadi, konsep nya akidah. Konteksnya pelbagai. Ada yg hamba baca, buat natural remedies, tapi tulis, " sediakan paracetamol jika suhu terlalu tinggi ".

Ya Allah.... Yakin juga pada pcm tu? Boleh bantu merawat. Jelas2 ianya beri mudharat.

Pain killer namanya sahaja sudah tahu. Maknanya bunuh kesakitan. Bukan rawat penyakit.

Janji sabda nabi s.a.w setiap penyakit itu ada ubat, ramai tak nak percaya.

Tapi bila WHO dari barat kata masih belum ada ubat, ramai dengar dan taat. Kenapa kiblat kalian ke barat?

Bila makan pcm takde siapa pun tanya ada kesan sampingan tak? Walhal jelas memang ada kesan sampingan negatif pada buah pinggang. Samada jangka masa pendek atau panjang.

Tapi bila aku suggest minyak kelapa dara VCO semua sibuk tanya ada kesan sampingan tak?

Bila makan madu, ada kesan sampingan tak?

Semua ada kesan sampingan jika tidak diambil dgn sukatan tepat dan betul.

Tetapi..

Beza kesan sampingan bahan semulajadi tidak seteruk kesan sampingan bahan kimia.

Bahan semulajadi tidak membunuh imunisasi semulajadi dlm badan manusia. Tetapi bahan kimia jika diambil dgn dos yg diberi pun tetap akan bunuh imunisasi semulajadi manusia.

Perasan tak ramai antara kita solat, tapi hakikat iktikad hati terikat dan taat pada berhala paracetamol jika sakit, berhala duit jika susah, dan berhala TV jika nak cari sumber ikutan. 

Sibuk kita hidup mencari jaminan. Kalau nak jaminan silalah rujuk manual kehidupan.

Manual kehidupan adalah Al quran. Disitulah jaminan yg kalian hendakkan.

Tak caya ? Tak paaaa....

Aku memang tak suh hang pa caya...

Aku cuma nak hang pa pikiaq sama...

Baca dan pikiaq... Masing2 dah besaq. Ada anak. Dunia dah berada dihujungnya. Jika begini sikap kita sebagai ibu bapa, bagaimanakah keadaan anak kita tatkala Dajjal ada?

Mampukah akidah Islam anak kita waktu itu menyelamatkan mereka dari fitnah dajjal? Atau sebaliknya? frown emoticon

Nanti bila2 aku sambung lagi... Pikiaq!!

Sollua'lannabi...

kredit: Abu Hannah



Comments

Popular Posts