Friday, February 12, 2016

Orang Malas Layak Dapat Zakat ?


SOALAN : Baru-baru ini ada seorang ustaz menyatakan, orang miskin yang malas tidak layak dan haram diberikan zakat. Ini kerana, katanya ia akan menjadikan mereka lebih malas untuk berusaha, dan seterusnya akan terus bergantung den- gan zakat selama-lamanya. Jadi, adakah benar orang-orang miskin yang malas ditegah daripada memakan harta zakat? Mohon pencerahan ustaz.

JAWAPAN: Terima kasih kerana telah mengajukan satu soalan yang bagi saya, memang sering juga dipersoalkan oleh orang lain. Namun atas dasar menjaga hati sesama muslim, ada yang cuba memejamkan mata dengan isu orang malas ini. Justeru itu saya berharap, semoga jawapan yang disajikan ini mampu membuka suatu horizon ba-haru dalam pemikiran umat Islam, sama ada di pihak pembayar mahu pun penerima zakat, bahawa Islam mempunyai sisi pandang khusus kepada orang-orang yang pemalas, dan apakah sikap Islam kepada mereka.

Mari saya mulakan jawapan ini dengan memetik sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang maksudnya: "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada perasaan risau dan sedih, aku ber- lindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepadaMu daripada sifat takut dan lokek (bakhil), aku berlindung kepadaMu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia." (Hadis riwayat Abu Dawud) Doa ini sebenamya telah dirangkaikan oleh Imam Hassan al-Banna dan dijadikan wind har- iai yang disebut sebagai al-Ma'thurat. Di dalamnya, antara perkara yang sangat ditakuti oleh nabi ialah sifat malas. Ini kerana malas adalah musuh kemajuan. Pemalas akan menjadikan Islam lemah, jumud dan mundur. Pemalas akan menconteng arang ke wajah Islam. Nabi SAW dan para sahabatnya merupakan golongan yang rajin, dan kerajinan mereka terbukti dengan gemilangnya Islam sehingga mampu menaungi 2/3 dunia.

Cuba bayangkan jika generasi awal Islam ini dahulunya bersifat malas, mana mungkin Islam akan tersebar hingga seluruh pelusuk dunia. Al-Imam Abu Zur'ah ar-Razi, seorang ulama hadis yang merupakan guru Imam Muslim menyatakan, semasa Nabi Muhammad SAW wafat di Madinah, jumlah sahabat di Jazirah Arab ada lebih dari 100,000 orang. Namun begitu, seandainya hari ini kita ke Mekah dan Madinah dan mengunjungi perkuburan di Ma'la dan Baqi', maka apa yang kita dapati jumlah kuburan para sahabat hanya ada kira-kira 20,000 buah sahaja. Di manakah kuburan sahabat yang lain? Itu menunjukkan, ramai dari kalangan sahabat bertebaran di seluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Itu juga menjadi dalil betapa mereka orang yang rajin, dan tidak hairanlah sehingga ke era Khilafah Uthmaniyyah, umat Islam zaman dahulu telah berjaya memberikan citra yang sangat positif kepada Islam. Semuanya bermula dengan sifat rajin dan tekun. Itulah dampak kerajinan.

Berbalik kita kepada persoalan di atas, bagaimanakah Islam mendepani golongan miskin yang malas. Adakah Islam mengharamkan zakat ke atas orang-orang yang malas? Bukankah fakir dan miskin itu sememangnya mempunyai hak ke atas zakat, tanpa mengira sama ada mereka malas atau rajin? Dalam menjawab persoalan ini, mari kita lihat apakah Nabi Muhammad SAW sendiri pemah berhadapan dengan situasi yang sama di zaman baginda.

Ternyata, memang ada. Disebutkan di dalam kitab 'Anasirnil quwwati fil Islam' (Elemen Kekuatan Dalam Islam) oleh Syed Sabiq, tentang satu hadis yang sangat panjang. Hadis berkenaan diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. Suatu hari telah datang seorang lelaki dari kaum Ansar men- emui Nabi Muhammad SAW di masjid. Lelaki berkenaan meminta sedikit makanan untuk diri dan keluarganya. Nabi SAW sebaliknya tidak memberikan dia makanan, melainkan nabi bertanya apakah dia mempunyai sesuatu di rumahnya untuk dijual. Lelaki berkenaan mengaku ada, iaitu sehelai kain dan sebuah mangkuk. Nabi meminta dia pulang mengambil barangan itu. Kemudian nabi menolong menjual barangan berkenaan, dan laku dengan harga dua dirham. Nabi membahagikan wang dua dirham dan mengarahkan lelaki itu membeli makanan untuk keluarganya dan satu dirham lagi untuk dibeli sebilah kapak dan tali. Lelaki berkenaan mengikuti arahan nabi. Kemudian nabi memberikan arahan kepadanya, hendaklah dia mencari kayu dan hendaklah datang lagi berjumpa dengan nabi setelah ber- lalu 14 hari berikutnya. Ternyata, setelah berlalu 15 hari lelaki berkenaan datang kembali dengan senyuman. Dari asal satu dirham sebagai modal, kini dia sudah ada 10 dirham, keuntungan hasil jualan kayu apinya. Ternyata, nabi telah memberikan dia satu didikan halus, iaitu mesti rajin berusaha dan jangan cepat meminta-minta.

Hakikatnya, hadis di atas menjadi isyarat betapa Nabi Muhammad SAW sendiri tidak meraikan orang-orang yang malas, sedangkan mereka masih kuat dan sihat tubuh badan. Jika si lelaki di atas sakit, pastilah dia tidak mampu bekerja dan nabi tidak akan memaksanya mencari kayu api. Ingatlah, mencari kayu api di Madinah (kawasan padang pasir) bukanlah mudah, namun temyata berkat ketekunan dan kerajinan, lelaki berkenaan mampu melakukannya.

Maka, samalah dengan kondisi hari ini. Apakah bezanya orang-orang yang datang meminta zakat walhal tubuh badan mereka masih kekar dan kuat. Buktinya, mereka masih mampu berjalan berkilo-kilo meter, masih dapat berlari laju, mampu membawa beban malah sanggup berdiri lama menanti nombor giliran. Hakikatnya mereka bukanlah orang uzur yang tidak mampu menjana pendapatannya sendiri, tetapi dek kerana sifat malas yang ada dalam diri.

Di dalam hadis yang lain, Nabi SAW menyatakan: "Tidak ada hak zakat untuk orang kaya, mahu pun orang yang masih kuat bekerja."(Hadis riwayat an-Nasa'i dan Abu Daud) Mengulas mengenai hadis di atas, Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan di dalam kitabnya: "Sesungguhnya diharamkannya zakat bagi orang-orang yang sihat dan kuat, kerana dia masih mampu bekerja untuk mencukupi keperluan dirinya sendiri, tanpa harus menunggu dan menggantungkan harapannya pada sedekah." (Hukum Zakat, hal. 678)

Dalam nada yang lebih keras, Yusuf alQaradhawi memetik pandangan Syafie dan Hanbali: "Apakah orang yang hidup menganggur (tanpa pekeijaan) diberi bahagian zakat, padahal dengan begitu hanya akan menjadi beban masyarakat, di mana dia hanya akan menggantungkan dirinya kepada sedekah dan pertolongan, sedangkan dia berbadan kuat dan sanggup berusaha menghidupi dirinya? Menurut pendapat yang tegas dari golongan Syafie dan Hanbali, zakat dari bahagian fakir dan miskin tidak boleh diberikan kepada orang kaya, juga kepada orang yang mampu berusaha secara layak sehingga mampu mencukupi diri dan keluarganya." (ibid, hal. 521)

Maka, dari sinilah sebahagian besar fuqaha (termasuk sebahagian pengikut Maliki) menyatakan, haram disalurkan zakat kepada orang- orang yang malas. Ia bertujuan untuk mendidik mereka agar menjadi rajin, tidak pasrah membabi-buta dan paling malang, menjadi 'parasit' yang hidup menumpang di atas usaha dan susah-payah orang lain. 

Namun begitu, Nabi Muhammad SAW masih ada pertimbangan sekiranya orang yang kuat dan sihat tubuh badan itu memohon zakat, dalam kondisi mereka sebenarnya sudah berusaha. Di dalam sebuah hadis diceritakan bagaimana dua orang lelaki telah datang meminta zakat sehingga nabi berkata kepada mereka: "Jika kalian menghendaki akan aku beri; tetapi zakat bukan bahagian orang kaya dan orang yang kuat bekerja." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasaie)

Di dalam kes di atas, Nabi SAW telah memberikan harta zakat kepada kedua-dua orang lelaki berkenaan. Namun ulama membahaskan, punca nabi menyerahkan juga zakat kepada mereka, kerana nabi tidak mengetahui dengan tepat kondisi diri mereka. Boleh jadi mereka sudah bekerja namun penghasilannya masih tidak cukup, atau mereka sudah mencari pekerjaan namun belum mendapatkannya (ibid, hal. 524).

Penulis sendiri melihat, nabi tetap memberikan zakat itu lantaran nabi yakin mereka memerlukannya. Para sahabat zaman nabi ditarbiyyah (dididik) langsung oleh Rasulullah SAW. Sekiranya mereka tidak memerlukan zakat, pastilah mereka malu untuk meminta-minta langsung kepada nabi. Mereka juga sudah pasti sedar implikasi memakan harta zakat dengan cara yang salah. Tentulah mereka takut untuk mengambilnya melainkan mereka benar-benar dalam kondisi yang sangat memerlukan. Malah Allah SWT juga pasti akan menegur perbuatan nabi itu jika ternyata ia suatu keputusan yang salah.

Maka, berdasarkan hadis di atas fuqaha merumuskan, orang-orang yang sihat tubuh badannya masih layak mendapat zakat, sekiranya pekerjaan yang mereka lakukan masih tidak mampu memenuhi keperluan diri dan tanggungannya. Ini kerana, mereka bukanlah orang yang malas berusaha, tetapi kerana memang tidak mempunyai kecukupan harta biar pun setelah berusaha. Inilah antara pandangan yang muktabar termasuklah yang pernah dikemukakan oleh Imam an-Nawawi sendiri. 

Oleh itu, suka ditegaskan kembali bahawa jurnhur fuqaha memang menyatakan, zakat adalah haram bagi orang-orang yang dengan sengaja malas untuk berusaha dan bekerja, walhal kesempatan bekerja terbuka luas di depan matanya. Di Malaysia hari ini, sudah pastilah ruang pekerjaan sangat terbuka. Jutaan warga asing membanjiri Malaysia untuk bekerja, maka apakah alasannya lagi bagi umat Islam di Malaysia untuk mempertahankan diri andai ditanya Allah SWT di akhirat nanti, melainkan memang penyakit jiwa iaitu malas telah bersarang di lubuk hatinya.

Hal ini sebenarnya turut melibatkan mereka yang enggan bekerja; dengan alasan untuk mengabdikan diri semata-mata kepada Allah SWT. Siang malam berpuasa, solat, zikir, tilawah dan sebagainya lagi, hingga tenggelam dalam ibadah. Orang yang seperti ini juga dirangkumkan sebagai orang yang malas, biar pun mereka rajin beribadah. Zakat tidak boleh diberikan kepada mereka, kerana hakikatnya mereka juga adalah orang yang malas, sedangkan sahabat ahlus suffah zaman silam adalah ahli ibadah yang rajin berjihad di jalan Allah SWT. Inilah pandangan ulama seperti mana dinukilkan oleh Imam an-Nawawi di dalam kitabnya, ar-Raudhah dan al- Majmu' (ibid, 525).
                                           
Amalan di Lembaga Zakat Selangor sendiri, setiap orang fakir dan miskin memang akan disantuni dengan zakat; namun jika mereka mempunyai potensi untuk maju, maka dalam masa yang sama mereka akan digerakkan untuk menjadi orang yang berdikari. Tujuannya agar mereka tidak terus bergantung dengan zakat dan ter- belenggu dengan sifat malas yang menjadi jadi.

Kesimpulannya, Islam menganjurkan umatnya menjadi rajin. Orang yang malas hakikatnya lemah iman. Orang yang malas tidak diraikan Allah SWT, malah diancam dengan dosa. Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa yang waktu malasnya dalam batas wajar (tidak melampau batas) dan tetap dalam Sunnah (cuba membaiki dirinya), maka dia telah menempuh jalan yang lurus. Dan barangsiapa yang kemalasannya (mendorongnya) melakukan kemaksiatan (seperti tenggelam dalam kemalasan), maka itulah yang celaka." (Hadis ri- wayat Ahmad). Wallahua'lam. 

kredit: EDISI MAIS