Tuesday, February 16, 2016

Motivasi Dari Kereta "SEDAP"



Rasa teruja bila berpeluang dapat bersahabat dengan ramai orang yang luar biasa kejayaan mereka.

Aku sentiasa rasa terinspirasi dengan mereka ini. Sangat-sangat terinspirasi.


Sekarang, aku baru perasan antara hikmah terbesar bila berkereta 'sedap'.

Sebelum ni aku berkereta 'sedap' sebab minat semata-mata.

Tapi ia sebenarnya kunci untuk membina networking dengan ramai orang-orang yang jauh lebih hebat.

Bila sertai kelab kereta 'sedap' ni, sungguh, aku tak sangka Malaysia ni ramai usahawan yang luar biasa.

Terasa kerdil diri ni. Jauh lagi perjalanan.

Untung 6 7 angka sebulan, itu biasa-biasa bagi mereka. 

Dah jadi macam rutin bulanan mereka.

Aku bukan bercerita tentang geng-geng MLM yang berdiri atas kereta mewah, mereka ini adalah golongan real businessman.

Hebat rezeki yang Allah swt dah susun untuk mereka.

Jika anda pun masih mengejar impian seperti aku, semoga kita dapat berjaya seperti mereka suatu hari nanti. Amin!! 

458... Kau tunggu..