Monday, February 15, 2016

Minyak Kereta Habis ? Jangan Panik !!!


AUTOMOTIVE ENGINEERING

Menurut Dato' Ir Hj Mohamad Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ) melalui sedutan di radio IKIM FM :

1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi 'E' tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60km.


2. Jika penghawa dingin dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10km.

3. Tambahan lagi 10km jika anda memandu sekitar kelajuan 50km/jam secara konsisten.

*Nota - Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa.