Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Wednesday, February 17, 2016

Siapa Tentukan Marketing Kita Buat Berjaya Ke Tak ?



Dalam bisnes, marketing adalah satu perkara yang wajib, umpama oksigen yang memberi nyawa kepada bisnes. Tak ada marketing, bisnes tak boleh nak bernafas.

Tapi macamana hebat pun teknik marketing kita, jangan dilupa bahawa itu cuma SYARAT, dan SYARAT ni pun ada syarat2 untuk diikuti. Yang memberi hasil dan kesan itu bukan method marketing tu, tapi Allah Al Wasi' Yang Maha Luas Kurniaan-Nya...


Dalam sibuk marketing, jangan aniaya orang. Jangan burukkan orang. Jangan overclaim. Jangan buat perkara tak relevan (langgar undang2 dunia & syariat).

Dalam kita memarketkan bisnes kita kepada orang ramai, sedar atau tak sedar sebenarnya kita pada masa yang sama memarketkan jua diri kita kepada Allah SWT. Kita buat marketing di bumi, marketing di langit pun jalan juga.

Janganlah kita cuma dapat untung dunia je, tapi akhirat muflis.

Mudah-mudahan kita semua terutama peniaga yang Melayu Muslim ni mendapat berkat dalam bisnes masing-masing..., disukai prospek dan disebut-sebut nama oleh malaikat.

kredit: Lyna Noh




No comments:

Post a Comment