Mak Lahirkan Anak Secara Operation Penakut ?



MAK YANG MELAHIRKAN SECARA OPERATION ADALAH MAK YANG KUAT

Kebanyakan mak yang mengandung mesti nak lahirkan anak secara normal. Tapi dalam keadaan tertentu, ada yang yang perlu dibedah, mungkin secara elektif atau secara kecemasan.

Saya terima banyak komplen daripada mak yang menjalani pembedahan mereka tak diberitahu bagaimana pembedahan dilakukan. Eh, siapa nak buat operation ni? Suruh buat sendiri baru tau..

Saya akan cerita kan secara ringkas bagaimana pembedahan caeser dibuat & ini untuk pembedahan yang lancar & tidak ada apa2 masalah sepanjang pembedahan.

Sebelum pembedahan dilakukan mak akan diterangkan kenapa perlu pembedahan & kenapa tidak boleh bersalin secara normal. Biasanya bius yang diberikan adalah spinal, iaitu bius pada tulang belakang, dan mak akan rasa kebas dari pinggang ke bawah, tapi masih sedar.

Ramai mak yang kata trauma sebab boleh dengar apa doktor & staff2 lain cakap, malah ada mak yang boleh nampak apa berlaku melalui besi lampu di siling. Nampaklah bayang2..

Mula2 kulit mak akan dipotong dibahagian suprapubic, ada orang panggil kat getah underwear, dalam 10cm (sama macam bersalin biasa kena tunggu bukaan 10cm juga). Orang mengandung ni kan banyak perkumpulan lemak, jadi proses potong memotong sebelum sampai ke rahim perlu dilakukan dengan hati2, sebab lapisan lemak banyak salur darah. Silap potong, boleh berlaku pendarahan banyak.

Bila dah nampak rahim, bukan boleh main potong macam tu je, kena potong satu2 lapisan yang membalut rahim tu. Otot rahim perlu dipotong dengan hati2 sehingga nampak kantung air ketuban. Bila kantung dipecahkan, doktor akan masukkan tangan ke dalam rahim mak & cuba cari kepala baby. Walaupun lahir secara pembedahan, mesti cuba keluarkan kepala dulu juga walaupun baby tu songsang. Sebab risiko nak sangkut kepala pun ada walaupun kena operate.

Dalam kebanyakan kes, doktor mahu proses ini dilakukan secepat mungkin. Biasanya proses keluarkan baby ambil masa dalam 10-20minit, paling lama mungkin 30minit. Lagi2 kalau pembedahan emergency, memang nak cepat2 baby keluar. Lepas baby keluar
& selamat, legalah sikit.

Bila bayi dah keluar, tali pusat segera dikepit & dipotong. Kalau baby tu ok, tak ada tanda2 sesak nafas, akan terus diberi pada mak. Kalau baby ada sesak nafas, memang kena resus dulu.

Lepas baby dah keluar, masa untuk keluarkan uri pula. Walaupun pembedahan, doktor tak korek keluarkan uri macam tu tapi tetap tunggu dia lekang sendiri & dikeluarkan macam orang bersalin biasa juga.

Selepas uri keluar, doktor cek kalau ada sisa2 tertinggal yang boleh menyebabkan tumpah darah kemudian hari & doktor akan pastikan rahim sudah mengecut. Bila dah puas hati, barulah rahim dijahit semula satu persatu macam yang dibuka tadi.

Setelah pasti tak ada pendarahan pada rahim atau organ berdekatan & semua gauze dan alahan pembedahan dah cukup, barulah kulit akan ditutup.

Kebanyakan doktor suka jahit lapisan bawah kulit supaya parutnya tak nampak & tak terlalu besar untuk kosmetik reason, walaupun mak bukan nak tunjuk perut kat orang tapi mana tau, nak pakai bikini ke. Dan benang ni akan larut dalam kulit & tak perlu dibuka.

Pembedahan bukan saja beri tekanan pada mak, malah pada doktor juga. Jadi, kalau keadaan mak perlukan pembedahan, terutamanya yang elektif, saya nasihatkan mak janganlah diam2 nak bersalin normal kat rumah. Tak ada doktor kat dunia ni rajin nak operate kalau tak perlu, tak kuasa nak tanggung banyaknya komplikasi akibat operation.

kredit: Dr Fyda Noh



Comments

Popular Posts