Wednesday, February 10, 2016

Lepas Kahwin Kena Makan Tauge ?



Sejauh mana kebenaran dan kaitan tauge dapat membantu meningkat kesuburan? Walhal taugeh adalah sumber makan yang sangat murah dan mudah didapati. Terdapat banyak menu makanan yang disajikan bersama dengan tauge, kenapa masih tidak berkesan.

Nutrisi Yang Terkandung Didalam Tauge

Saya pasti ramai yang tidak sangka dengan pendedahan mengenai tauge ini. Ketahuilah bahawa didalam tauge terdapat banyak vitamin dan khususnya sangat penting bagi pasangan yang ingin cepat hamil atau (try to convince) berusaha memilik zuriat . Tauge mengandungi vitamin E, B, C, B1, B6, K dan A yang sangat penting untuk meningkatkan kesuburan suami dan isteri.

Selain itu, tauge juga merupakan sumber zat besi, magnesium, fosfor, kalsium, kalium, mangan, serta omega-3 yang berlimpah.

Kandungan vitamin E yang terdapat dalam tauge, khususnya vitamin E-alpha, sangat membantu dalam meningkatkan kesuburan bagi Suami.

Vitamin E adalah anti-oksidan yang dapat melindungi sel-sel dari serangan radikal bebas. Vitamin E akan menjaga sel-sel telur atau sperma dari kerosakan akibat radikal bebas.

Didalam tauge juga mengandungi banyak oksigen, sehingga dapat meningkatkan sirkulasi darah dalam tubuh, membunuh bakteria, meningkatkan mekanisme pertahanan, serta banyak manfaat yang lain.

Manfaat Taugeh Untuk Kesuburan Suami dan Isteri

Tauge adalah bahan makanan yang sangat rendah kalori namun mengandung banyak nutrisi, termasuk protein, vitamin C dan kalsium.

Protein dan kalsium adalah sangat penting bagi wanita kena untuk membantu pengeluran telur (ovum) menjadi matang.

Dalam kaitannya dengan kesuburan, tauge berlimpah akan kandungan B6 – asid folic, iaitu vitamin yang penting untuk kesihatan darah dan sangat diperlukan untuk membantu kehamilan.

Asid folic juga penting untuk bayi yang bakal lahir, asid folic perlu diambil sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung dan diteruskan sehingga tiga bulan pertama kehamilan. Asid Folik Penting Untuk Hamil Elak Kecacatan kepada Bayi

Kandungan vitamin E yang terdapat dalam tauge, khususnya vitamin E-alpha, sangat membantu dalam meningkatkan kesuburan bagi Suami.

Vitamin E adalah anti-oksidan yang dapat melindungi sel-sel dari serangan radikal bebas. Vitamin E akan menjaga sel-sel telur atau sperma dari kerosakan akibat radikal bebas.
Cara Penyediaan Taugeh

Namun untuk memastikan Tauge dihasilkan tanpa menggunakan baja kimia, hendak menghasilkan sendiri. Boleh ikuti langkah berikut untuk penyediaan tauge homemade.

  1. Ambil segengam kacang hijau
  2. Masukkan kacang hijau dan air bersih dalam bekas Tupperware yg bertutup dan rendam kacang hijau selama 2 hari, sampai tumbuh ekor . Air rendaman harus la sama dengan kacang hijau yg direndam.
  3. Setelah itu buangkan air rendaman tu. Sediakan kain yg seperti kain guni jarang di atas bekas yg rata contoh tuala tangan
  4. Tabur dan ratakan kacang di atas kain tadi.
  5. Tutup dgn sehelai lagi kain yg sama.
  6. Curahkan air sedikit2 hingga membasahi semua bahagian.
  7. Letakkan benda berat diatasnya.
  8. Letakkan di tempat gelap macam dalam oven ke atau dapur kabinet.
  9. Jirus sedikit air setiap hari supaya kain sentiasa basah. buat 2x, pagi dan petang.
  10. Cuci dan buang kulit hijau bila dah nk taugeh
  11. Rebus taugeh dengan 2 gelas air selama 15 minit
  12. Tapis dan ambil air rebusan
  13. Minun setiap pagi bermula 1st period sampai waktu subur

Nutrisi Tauge Mudah Musnah Jika Di Masak

Semua zat yang terkandung didalam tauge adalah sangat mudah termusnah dengan cara masak yang salah. Haba yang tinggi akan musnahkan zat didalam taugeh, cuba cari menu yang menggunakan tauge mentah. Jadi bergantung seratus peratus dalam ikhtiar dengan taugeh sahaja tidak cukup. Kita juga perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi zat yang terdapat didalam tauge.

Hal ini juga di tekan oleh Dr. Hamid Arshat pakar sakit puan tentang pengambilan makanan tambah untuk meningkatkan kesuburan, sekali gus peluang untuk hamil adalah tinggi.

kredit: tipskesuburan