Kisah Baiki Kapal


Kisah si tukang baiki kapal (bagi yang dah pernah baca, part bawah tu, saya jamin, 80% tak pernah baca lagi tongue emoticon )

1. ada seorang pemilik kapal kargo
2. satu hari, kapal beliau tak boleh start enjin
3. maka dipanggillah beliau jurutera dan pakar daripada segenap alam
4. malangnya, sudah 3 bulan, tak setel-setel lagi, kerugian makin banyak
5. buntu dengan apa yang berlaku, pemilik kapal bertanya kepada pembantunya
6. "kau ada kenal sesiapa lagi ke, yang pandai repair kapal aku ni?"
7. Setelah lama berfikir, barulah si pembantu teringat, seorang lagi
8. Orang gelar beliau, Bomoh Kapal.
9. Dipanggil Bomoh Kapal, dan ditanya "boleh ndak ko baiki kapal ni?"
10. "Boleh", jawab Bomoh Kapal
11. Bomoh Kapal tengok kapal tu, ketuk sana, ketuk sini, tak sampai 5 minit, dah siap. Bila cuba hidupkan enjin kapal, enjin kembali hidup.
12. Pemilik kapal bertanya, berapa caj untuk baiki?
13. Bomoh Kapal jawab, "$50,000"
14. "Apa? $50,000 untuk kerja 5 minit sahaja?", marah si Pemilik
15. Bomoh Kapal jawab semula, "Tuan, untuk saya baiki kapal tuan, saya ambil masa 5 minit, tapi, untuk belajar mana yang patut saya ketuk, saya ambil masa 20 tahun"

-- ok, cerita di atas, ramai dah pernah baca kan.

Situasinya ialah, si pakar, buat kerja, siap cepat, tapi, pelanggannya, tak puas hati, kerana bayarannya tidak setimpal dengan masa yang diperuntukkan.

-- apa kata, kita re-write the story. Kita mula dengan baris "10"

Re-write Cerita 1

10. "Boleh", jawab Bomoh Kapal
11. Lalu Bomoh Kapal pun, panggillah rakan-rakannya untuk makan kuaci di depan kapal
12. Daripada jauh, pemilik kapal berfikir, "Wah, ramai juga yang bekerja dengan Bomoh Kapal ni, mesti dioarang tengah disqus apa nak buat dengan kapal aku"
13. Setelah 3 hari 3 malam, barulah Bomoh Kapal, minta rakan-rakannya balik.
14. Bomoh Kapal berjumpa dengan Si Pemilik, dan beritahu, beliau akan datang semula seminggu lagi.
15. Setelah seminggu, Bomoh Kapal, datang dengan sebuah lori kontena, yang penuh dengan perlbagai mesin dan peralatan.
16. Si Pemilik berfikir, "Wow, banyak juga mesin nak kena pakai, untuk baiki masalah kapal aku ni"
17. Selama 3 minggu Bomoh Kapal, hidup dan matikan enjin mesin-mesin di Kontena itu, sambil ke hulu ke hilir membawa spana hidup.
18. Cukup 1 bulan, Bomoh Kapal pergi ke kapal tadi, dan ketuk sana, ketuk sini, tak sampai 5 minit.
19. Dan Kapal itu berjaya dihidupkan
20. Pemilik Kapal, sangat berterima kasih atas bantuan Bomoh Kapal
21. Bila ditanya, berapakah harga yang Bomoh Kapal kenakan?
22. $50,000, jawab Bomoh Kapal.
23. Pemilik Kapal, dengan senang hati, membayar Bomoh Kapal, pada masa yang sama, berfikir, "murah betul, aku ingat $200,000 dah tadi"

Re-write Cerita 2

10. "Boleh, jawab Bomoh Kapal"
11. "Sebelum itu, saya ingin bertanya, tuan nak siap cepat ke, siap lambat?" Tambah Bomoh Kapal
12. Pemilik Kapal jawab, "Sudah tentu aku nak ia siap cepat"
13. "Kalau nak siap cepat, bayaran mahal sikit", jelas Bomoh Kapal
14. "Maksudnya bagaimana?", Si Pemilik Kapal, minta penjelasan.
15. "Saya boleh siapkan cepat, cepat sangat. Tapi, bayarannya mahal. Atau, saya boleh ambil masa yang lama, dan saya caj harga biasa sahaja"
16. "Ok, kalau macam tu, saya nak siap secepat yang mungkin"
17. "Ok, untuk siap cepat sangat, harganya $50,000, untuk harga siap lambat, harganya $10,000. Kalau enjin tak hidup, tuan tak perlu bayar 1 sen pun."
18. Ok, saya ambil pakej siap cepat sangat.
19. Setelah 5 minit, enjin kapal dapat dihidupkan, dan Bomoh Kapal, mendapat bayarannya.
20. Pemilik Kapal, amat kagum dan sangat berpuas hati. Esok, dah boleh mula digunakan kapal tadi tu.

Antara 2 Re-write di atas, anda suka yang mana satu?

Penjelasan, kita deal dengan manusia, di mana, manusia ni, suka menggunakan emosi dan perasaan untuk judge sesuatu perkara.

Sebab itu, kita jangan hairan, apabila ada orang yang jahat, mendapat banyak sokongan, dan yang baik, mendapat banyak makian.

Dalam bisnes, anda bukan sahaja, perlu jadi pakar dengan apa yang anda buat, tetapi, anda juga perlu pandai 'propa' supaya pelanggan anda puas hati dengan kerja anda.

Kalau benda tu siap awal, tetapi memerlukan kepakaran yang tinggi, memang amat wajar anda kenakan harga yang tinggi.

Namun, bijak lah sikit, bagilah nampak macam anda susah payah siapkan kerja tu.

Wallahua'lam.





Comments

Popular Posts