Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Monday, February 15, 2016

Kenapa Ahmad Maslan Masak Tak Ada Api ?


Ahmad Maslan kena lagi. Kali ini kerana masak tak guna api. Mungkin beliau hanya berlakon masak-masak dan bergambar konon-kononya beliau sedang 'bekerja'.

Sebenarnya bukan begitu. Itu adalah salah satu cara memasak nasi kukus.

Air rebusan daging dengan rempah ratus dicampur, dikacau supaya sebati. Proses awal ini tidak memerlukan api. Dan itulah yang sedang dilakukan oleh Ahmad Maslan.

Selepas itu, air rebusan tadi dicedok dan letak di lapisan dulang nasi yang tersusun di belakang beliau (lihat gambar).

Waktu itulah baru menggunakan api. Malangnya ramai haters menelan bulat-bulat cerita yang dibawa.

Lihat like dan share, entah berapa ribu dosa yang telah mereka lakukan dan entah berapa banyak pahala yang dikutip Ahmad Maslan. Mungkin bagi mereka itu perkara remeh.

Sungguh banyak amaran keras tentang dusta;

Allah berfirman:

"Kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta." [QS. Ali Imran: 61]

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

"Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta untuk membuat orang lain tertawa. Celakalah dia, celakalah dia." [HR. Abu Daud no. 4990, At-Tirmizi no. 2315, dan dinyatakan hasan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih Al-Jami' no. 7136]

kredit: Chiko Banh


No comments:

Post a Comment