Thursday, February 18, 2016

Kebaikan GANJA Untuk Umat Islam ?



GANJA - Kos Sara Hidup?, TPPA?, Rawatan?

1. Pertama sekali ingin saya nyatakan, ini adalah tulisan bersifat akademik. Tiada "conflict of interest" atau sebagainya. Saya bercakap atas kapasiti seorang pengamal perubatan.

2. Marijuana atau cannabis adalah perkataan yg sering digunakan untuk merujuk kepada ganja. Namun, perkataan ganja menjadi satu stigma dikalangan masyarakat kita. Dan hari ini saya ingin perbetulkan stigma masyarakat tentang ganja.

3. Penggunaan cannabis ini ada 2 kaedah. Pertama ianya digunakan untuk rawatan (therapeutic). Kedua ianya digunakan sekadar seronok2. Saya tak berminat untuk memperkatakan tentang pengunaan secara sosial dan tak bertanggungjawab. Saya cuma ingin katakan dari sudut rawatan.

4. Untuk pengetahuan kalian, penggunaan cannabis sebagai tujuan rawatan (therapeutic purposes) mula berkembang sejak tahun 1990 di Europe dan US. Malangnya, dengan kemunculan opioids (Morfin, methadone, Buprenorphine dll) - new synthetic drug, maka penggunaan medical cannabis menjadi tidak popular.

5. Menarik lagi, di bawah "International Narcotics Control System and Classified in Schedule I of the Single Convention in 1961", cannabis telah diklasifikasikan sebagai "limited medical value but high potential for abuse".

6. Dalam era kini, penggunaan cannabis kembali diperhangatkan terutama dalam rawatan "pain management" dan cancer. Ada article mengatakan bahawa medical cannabis adalah sedikit lebih baik dari opioid dalam kawalan chronic pain. Terdapat teori mengatakan bahawa, pengambilan opioid yang masuk ke dalam pembuluh darah akan pergi ke otak dan bertindakbalas dengan reseptor opioid di otak. Maka pesakit hilang rasa kesakitan. Dan menurut mereka, penggunaan secara berterusan menyebabkan reseptor2 ini rosak dan pesakit merasakan kesan ubat berkenaan tidak sama di peringkat awal. Akibat dari itu, pesakit akan menambah dose ubat berkenaan semata2 inginkan kesan yg sama. Akhirnya, dose yang berlebihan mendedahkan pesakit kepada risiko kematian.

7. Lebih memeranjatkan, ada juga kajian mengatakan bahawa medical cannabis banyak membantu pesakit2 kanser dan juga HIV. Kita sedia maklum bahawa pesakit2 chronic illness ini menghadapi kekurangan dalam selera makan (loss of appetide) & kerap loya dan muntah. Dengan pengambilan medical cannabis sebagai alternatif kepada opioid, pesakit2 kanser kembali mempunyai selera makan yg lebih baik dan juga tiada lagi loya dan muntah. Namun kajian2 ini masih peringkat awal dan pada skala yg kecil.

8. Terdapat article mengatakan bahawa cannabis mampu membunuh sel2 kanser. Secara teorinya ada benarnya. Namun harus sedar, ianya bukan hanya membunuh sel2 kanser sahaja, ianya juga membunuh sel2 normal terutama di otak serta merosakkan sel2 sperma dan mengubah struktur sperma.

9. Saya bukan memiliki pengalaman luas dalam berurusan pesakit2 yg menggunakan ganja ini. Namun dari pemerhatian saya yg amat sedikit melalui pemeriksaan CT scan dan MRI, pesakit2 yg menggunakan ganja secara chronic mempunyai otak yg kecut (brain atrophy). Mungkin ini yang menyebabkan pengguna2 ganja menjadi tidak fokus dan tidak bermotivasi dalam aktiviti harian.

10. Maka, mengapa penggunaan cannabis tidak diperluaskan? Tahukah anda bahawa marijuana smoke boleh menyebabkan kanser 50% - 70% lebih tinggi risiko berbanding perokok biasa? Tahukah anda bahawa, marijuana smoke juga boleh merosakkan paru-paru 5 kali ganda berbanding perokok biasa? Tahukah anda bahawa pengambilan cannabis ini akan mengganggu struktur sel dan juga menyebabkan severe hereditary defects seperti birth defect dan mental disorder bagi kanak? Kanak2 yg lahir dari ibu yang mengambil cannabis juga menghadapi permasalahan dalam perkembangan otak. Malah kanak2 ini juga mengalami risiko leukaemia.

11. Jika lihat orang dewasa yg menggambil cannabis secara berleluasa ini di dapati seorang yg mudah lupa, mudah rasa panic, kadar degupan jantung makin laju dan seterusnya menyebabkan memiliki risiko penyakit jantung, disorientated dan sukar untuk tidur.

12. Namun kenapa ada negara yg menghalalkan penggunaan cannabis sebagai rawatan? Walaupun mereka benarkan, namun medical cannabis masih tertakluk di bawah perundangan yg ketat (strictly regulated system). Di Amerika, tak semua negeri dibenarkan menggunakan medical cannabis sebagai rawatan. Malah tak semua doktor yg boleh prescribed. Lebih menarik, penggunaan medical cannabis adalah sebagai trial (percubaan). Dan ubatan yg berasaskan cannabis adalah strongly limited di negara2 ini.

13. Terdapat kajian menarik dari tahun 1990 tentang penggunaan medical cannabis (lihat gambar). Dan kajian ini dapati bahawa hampir kesemua negara yg membenarkan penggunaan cannabis, lebih 50 - 60% doktor tak mengsyorkan pengambilan medical cannabis dan pesakit juga tak demand terhadap ubat ini. Jadi kenapa kita perlu beria-ia mahu kerajaan gugurkan undang2 untuk menghalang penggunaan ganja?

‪#‎Kesimpulan‬

1. Ramai yg salah faham. Dunia bicara tentang penggunaan ganja utk rawatan. Tetapi "mereka" bicara utk keseronokkan dengan menggunakan alasan kesihatan.

2. Belum ada kajian yg kukuh dan luas tentang penggunaan medical cannabis utk pain management. Dan banyak kajian bahawa opioid adalah yg terbaik. Di Malaysia, kita guna opioid utk merawat pesakit ketagihan ganja.

3. Synthetic drug seperti Opioid agak sukar didapati oleh orang awam. Sebaliknya non synthetic drug seperti ganja mudah diperolehi. Mereka hanya perlu tanam di belakang rumah. Dan ganja ini boleh digunakan dalam rokok mahupun vape. Dan jika kalian perasan, golongan yg mahu ganja menjadi "halal" adalah dari mereka yg memperjuangkan vape (sebilangan kecil).

4. Walaupun ada negara yg membenarkan penggunaan medical cannabis, mereka menghadapi masalah antara perundangan secara legal dan illegal. Ianya bertindih. Jika dihalalkan penggunaan ganja, akan ramai yg menyalahgunakan perundangan ini utk merosakkan diri. Apapun, negara2 tersebut masih mengambil polisi yg ketat terhadap penggunaan ganja sebagai rawatan.

5. Ganja boleh kurangkan kos sara hidup dan membantu ketenangan adalah teori yg agak pelik. Kita ada banyak ubat penenang yg lebih selamat berbanding ganja. Dan ubat ini juga kita guna utk merawat pesakit ketagihan ganja. Kita juga ada Al Quran yg boleh menenangkan kita. Malangnya kita tidak addict terhadap Al Quran. Kita tetap mahu ganja. Kurang mengerti.

6. Ada sesetengah pihak cuba mengaitkan dgn TPPA. Ianya adalah utk medical cannabis. Dan undang2 Malaysia menghalang penggunaan cannabis. Maka, ianya tiada kena mengena langsung. Malah, negara yg seperti Amerika dan Australia juga begitu ketat mengawal penggunaan medical cannabis. Jadi usah salah faham antara penggunaan secara rawatan dengan penggunaan secara suka2.

kredit: Aznil Hisham