Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Wednesday, February 24, 2016

Jangan Remehkan



JIKA kita melihat seekor semut terpeleset dan jatuh di air, maka angkat dan tolonglah ia… barangkali itu menjadi penyebab keampunan bagi kita di akhirat kelak.

Jika kita menjumpai batu kecil di jalan yang boleh menggangu jalannya orang lain, maka singkirkanlah ia, barangkali itu menjadi penyebab dimudahkannya jalan kita menuju ke syurga.

Jika kita menjumpai anak ayam terpisah dari induknya, maka ambil dan susulkan ia dengan induknya, semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan diri kita dan keluarga kita di syurga.

Jika kita melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka hantarkanlah dia… Barangkali itu menjadi sebab kelapangan rezeki kita di dunia.

Jika kita bukanlah seorang yang menguasai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba’ ta’ kepada anak-anak kita, setidaknya itu menjadi amal jariyah untuk kita..yang tak akan terputus pahalanya meski pun kamu sudah berada di alam barzakh.

Jika kita tidak boleh berbuat kebaikan sama sekali, maka tahanlah tangan dan lisan kita dari menyakiti… Setidaknya itu menjadi sedekah untuk diri kita.

Janganlah pernah meremehkan sekecil apapun kebaikan, kerana boleh jadi seseorang itu masuk syurga bukan kerana puasa sunnahnya, bukan kerana panjang solat malamnya tapi boleh jadi kerana akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikit pun, meskipun (hanya) kamu bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).



No comments:

Post a Comment