Thursday, February 18, 2016

Hukum Ambil Video Dalam Wad Kecemasan ?


‪#‎ISU_RAKAMAN_VIDEO_JABATAN_KECEMASAN‬:

‪#‎SAMPAI_BILA_KITA_MAHU_DIAM‬?

Sebuah video tentang jabatan kecemasan sebuah hospital kerajaan sedang hangat diviralkan di media sosial sejak semalam. Pengambilan dan penyebaran video seperti ini adalah tidak patut berlaku dan dilarang sama sekali. Sebarang rakaman dalam premis hospital tidak boleh dilakukan melainkan dengan kebenaran Pengarah Hospital.

Malangnya video itu telah diambil secara haram dan disebarkan kepada semua dan ia telah mengundang pelbagai kecaman terhadap warga KKM yang tidak bersalah. Ia menimbulkan persepsi bahawa pesakit telah diabaikan di jabatan kecemasan dan seolah2 tiada doktor di hospital sedangkan hakikatnya ia TIDAK SEBEGITU.

Seperti yang saya sebut berkali2 sebelum ini, jabatan kecemasan mengamalkan sistem triage atau saringan. Pesakit yang kritikal akan dimasukkan di zon merah yg mana rawatan akan diberi SERTA MERTA. Bagi pesakit semi kritikal, pesakit akan dimasukkan di zon kuning dan rawatan akan diberi SEGERA. Pesakit yang tidak kritikal, kes2 bukan kecemasan dan kaki MC yang lain (oh yes! Mmg ramai kaki MC yg akan mai Kecemasan) akan ditempatkan di zon hijau. Di zon hijau anda perlu MENUNGGU kerana keutamaan jabatan kecemasan adalah untuk kes2 kecemasan. KPI bagi seluruh Malaysia adalah 70% jumlah kes zon hijau dilihat oleh doktor dalam tempoh 90 minit. Saya tekankan, 70 PERATUS! BUKAN 100%! KPI ini adalah tercapai di semua hospital kerajaan termasuk di hospital paling sibuk sperti di HKL.

Izinkan saya membentangkan analisis terhadap video ini:

1. Video ini dirakamkan di zon hijau Jabatan Kecemasan pada jam 9 pagi dan kononnya perakam video ini telah menunggu di Jabatan Kecemasan semenjak jam 5.30 pagi. Oleh itu masa menunggu beliau adalah selama 3 jam setengah. Beliau membangkitkan isu bahawa masa menunggu di zon hijau sepatutnya tidak melebihi 2 jam. Hello brader...kalau boleh kami pun nak macam tu, tapi jika terlewat sekalipun, kamu termasuk dalam kategori 30% dalam KPI yang lewat dilihat dan ia masih tidak bercanggah dgn piawai nasional yang telah ditetapkan.

2. Video ini telah diambil sekitar jam 9 pagi. Masa antara jam 8 pagi hingga 9 pagi adalah masa di mana passover akan berlaku antara doktor dan staf. Ia bermaksud para doktor syif malam akan bercerita kepada doktor syif pagi yang akan mengambil alih tugas segala permasalahan dan perawatan pesakit dari A to Z bagi memastikan kesinambungan rawatan terus dilakukan oleh doktor baru. Pada ketika itu kebanyakan doktor akan terlibat sama termasuk doktor pakar.

Kes2 di semua zon tidak pernah terabai hatta di zon hijau. Seperti di dalam video itu, sungguhpun cuba digambarkan oleh perakam bahawa semua bilik kosong, lihat minit ke 0.20 ke atas, bilik tersebut tetap mempunyai seorang doktor bertugas untuk terus melihat kes. Perakam telah membuka pintu dan menutup segera kerana menyedari ada doktor di dalam. Setelah passover complete berlaku, kami akan memulakan operasi seperti biasa dengan full force. Jadi mengatakan bahawa kes terabai di zon hijau atau mana2 zon adalah merupakan dakwaan tidak berasas.

Dua kes lain (seorang lelaki india dan ibu mengandung) sememangnya adalah merupakan kes zon hijau yang tidak kritikal dan sememangnya perlu menunggu.

3. Melihat kepada keadaan zon hijau hospital berkenaan, saya merumuskan ia berada pada keadaan tidak sibuk dan lengang dengan pesakit mula mengerumuni jabatan kecemasan bermula waktu pejabat seperti yang dikatakan sendiri oleh perakam. Oleh itu satu bilik beroperasi (sekadar sementara) passover dilakukan adalah merupakan satu amalan yang munasabah. Jika zon hijau dipenuhi pesakit, maka kebiasaannya kami akan membuka bilik lebih banyak sementara passover dilakukan.

4. Perakam mengatakan bahawa pesakit tidak dilayan sedangkan maklumat tentang adanya 'event' (baca: passover/kuliah/grand round) di belakang telah pun dimaklumkan oleh penyelia gred U36 kepada beliau namun beliau memilih untuk menganggap event tersebut adalah majlis karaoke atau jamuan pagi agaknya. Sejujurnya di hospital saya juga ini berlaku dan ia merupakan masa kami melakukan passover dan merawat pesakit kritikal yang masih tinggal di jabatan dari malam hingga ke pagi (leftover critical cases).

5. Perbuatan perakam membuka setiap bilik rawatan doktor dan merakam video adalah merupakan perbuatan yang dilarang. Bilik rawatan doktor adalah kawasan yang tidak boleh dibuka sewenang2nya kerana mungkin ada pesakit dalam keadaan aurat terbuka yang sedang diperiksa. Mahukah anda ketika kami sedang merawat ibu2, isteri2 dan anak2 perempuan anda, secara tiba2 ada setongkol kayu yang membuka pintu merakam kononnya kerana dia telah tension menunggu lama untuk rawatan?  Pihak hospital, keselamatan dan KKM perlu melihat dengan serius insiden2 pencabulan peraturan dan undang2 hospital yang sedia ada dan mengambil tindakan sewajarnya. Jika kita membiarkan perbuatan seperti ini, saya bimbang akan berlaku pelbagai insiden pencabulan, skodeng dan fitnah ke atas pesakit dan juga petugas.

6. Sungguhpun perakam cuba menggambarkan bahawa zon hijau jabatan kecemasan semakin dikerumuni pesakit, ia tidak menggambarkan situasi yang sebenar. Setiap pesakit biasanya akan hadir bukan berseorangan. Dan ada yang sakit tapi bawak sedara mara sekampung 😏. Oleh itu jumlah orang yang menunggu bukan bermaksud jumlah pesakit yang sebenar. Jumlah pesakit sebenar adalah dari jumlah yang berdaftar rasmi di kaunter pemdaftaran jabatan kecemasan. Jangan tertipu dengan persepsi yang cuba dilemparkan. Dari pengamatan saya hari2 bekerja di jabatan kecemasan, keadaan zon hijau adalah sangat lengang.

7. Pada akhir rakaman, perakam pergi kepada seorang wanita yang sedang menunggu dan bertanya tentang anak wanita tersebut. Wanita tersebut memaklumkan leher pesakit telah dipasang dengan sesuatu (dari tempat yang ditunjukkan saya merasakan ia mungkin adalah neck line). Pemasangan neck line hanya dilakukan untuk pesakit2 kritikal kebiasannya dan ini merupakan satu bukti jabatan itu masih mempunyai kes kritikal yang sedang dirawat dan diberikan keutamaan.

Kami akui bekerja di jabatan kecemasan adalah merupakan bidang yang amat mencabar dan kekurangan staf sememangnya berlaku di mana2 jabatan kecemasan seluruh negara. Namun kami tetap boleh beroperasi dan memberikan khidmat yang unggul terhadap pesakit dengan mengoptimumkan kakitangan yang ada dan dengan pengamalan sistem syif. Bukan bermakna kami kekurangan staf kerana tidak melatih staf. Latihan diberikan hingga mereka mahir namun akhirnya mereka angkat kaki ke bidang lain yang kurang sibuk dan demi menjaga ketenteraman hidup. Ya lah...siapa yang boleh tahan dengan kerenah macai...mula2 ambil gambar dan sebar fitnah. Sekarang dah tahap ambik video dan diviralkan supaya seluruh petugas kesihatan dikecam dan dimaki di seluruh alam. Esok lusa agaknya dia start menyamar jadi staf untuk mengintip dan mencari kesalahan kami agaknya.

Perkara ini patut berhenti dan masyarakat perlu bersama kami menyokong kempen baru: ‪#‎KATAKAN_TIDAK_KEPADA_MACAI‬ atau ‪#‎SAY_NO_TO_MACAI‬.

Saya mencadangkan KKM supaya mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan biadap merakam spt ini. Walhal medium dan kaedah telah disediakan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati. Namun macai memilih untuk merosakkan nama dan menjejaskan reputasi dan kepercayaan orang awam terhadap perkhidmatan hospital kerajaan. 
Sampai bila kita mahu diam?