Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Wednesday, February 10, 2016

Geng Anti Vaksin Menyesal ?


Diptheria, Sesalan Si Anti Vaksin!

Baru baru ini, negara kita di gemparkan dengan kematian seorang kanak kanak kerana mengidap penyakit "Diptheria" akibat ketidaksempurnaan pengambilan vaksin yang di sarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk semua bayi yang di lahirkan di Malaysia. Di fahamkan, kanak kanak berikut merupakan anak kepada golongan ibu bapa yang "anti-vaksin" kerana tidak percaya dan musykil kepada vaksin yang di sarankan KKM.

Adalah amat menyedihkan kerana anak anak yang tidak berdosa maut atas kepercayaan dan keegoan ibu bapa yang tidak mempercayai vaksin yang di mana telah di buktikan selamat dan menjalani pelbagai tapisan kesihatan sebelum di bekalkan kepada manusia.

"Diptheria" atau dalam bahasa kebangsaan di gelar sebagai "Difteria" merupakan satu kes akut (tiba-tiba) jangkitan oleh toksin yang di keluarkan oleh satu kelompok mikroorganisma. Mikroorganisma yang di maksudkan ialah " Cornybacterium Diptheriae" yang mana mempunyai 3 spesis iaitu jenis gravis, intermedius dan mitis. Secara amnya, jangkitan penyakit ini adalah melalui "aerosol" ataupun melalui titisan cecair pernafasan. 

Jangkitan penyakit ini mirip akan penyakit jangkitan bakteria pada bahagian saluran pernafasan atas iaitu tonsilitis, tetapi jika di teliti ia agak berbeza (rujuk gambar). Simptom yang akan di alami ialah, sedikit demam, keletihan, sakit tekak, sakit kepala dan terhasilnya satu lapisan "discharge purulent" (nanah) pada kawasan tonsil dan larinks. Perkara yang lebih serius seterusnya ialah ianya boleh mengancam nyawa kerana toksin ini boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis). Namun demikian, bagi individu yang mengambil vaksin dengan sempurna, jika terdedah akan penyakit ini, mereka hanya mendapat penyakit ringan sahaja.

Secara purata, kos seseorang yang di sahkan menghidap "Difteria" memerlukan sekurang kurangnya 8vial yang harga satunya RM500 dan amatlah rugi kerana vaksin yang di bekalkan semasa kanak kanak hanyalah harganya adalah sekitar RM34 untuk satu dos yang dapat melindungi daripada 5 jenis penyakit sekali gus.

Sebagai staff kesihatan termasuk Penolong Pegawai Perubatan (PPP) ilmu mengenai perkara ini adalah amat perlu di ketahui kerana ia sudah mula menular kembali. Jika terdapat kanak kanak yang datang berjumpa dengan anda dan mengalami simptom yang serupa, lakukanlah pemeriksaan rongga mulut di samping ujian darah agar dapat mengelakkan mangsa mengalami komplikasi seterusnya maut dek kerana golongan "anti-vaksin" yang mementingkan diri sendiri.


No comments:

Post a Comment