Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Wednesday, February 10, 2016

Fungsi Sebenar Business Card ?


Business Card.

Perkara yang kita pandang enteng.

Selalu kita bertukar, dan kemudian kita simpan sahaja.

Walhal, ia juga punya adabnya.

Saya pernah berpeluang bertemu dengan seorang tokoh korporat wanita berjaya Datuk Wira Dr. Maznah Hamid, yang lebih dikenali sebagai "iron lady". Seorang wanita yang memiliki syarikat solusi keselamatan, satu bidang yang jarang dikaitkan dengan wanita.

Banyak kehebatan beliau yang saya lihat dan dapat pelajari. Dan kini beliau juga memberi fokus dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Membangun dan menyedarkan bangsa.

Namun, satu yang unik saya pelajari dari beliau adalah mengenai business card.

Seperti amalan biasa, kami bertukar business card di akhir pertemuan. Seperti biasa, saya amalkan courtesy biasa iaitu bila dapat kad, iaitu kita jangan simpan terus dalam poket, tetapi perlu baca dan acknowledge something dari kad berkenaan sebagai tanda kita appreciate card berkenaan. Dan seperti biasa, balik itu saya simpan sahaja dalam folder. Bagi saya, ini semua sudah cukup sebagai adab menerima business card dari orang.

Tetapi...

Beberapa hari kemudian, saya mendapat mesej, "Assalamualaikum anakanda Azmil. Kenapa tidak mesej? - Dtk Maznah-"

Saya terkejut lalu membalas, "Maaf datuk, saya takut mengganggu."

"Tak boleh begini. Adabnya kalau kita dah dapat card orang, kita kena mesej cakap terima kasih tanda kita hargai kesudian orang berkenaan untuk memberikan kad dengan no contact mereka pada kita."

"Maaf datuk saya takut menganggu." Ulang saya beralasan.

"Kalau mereka tak balas takpa, yang penting kita dah buat. Ini cara yang baik untuk pastikan rapport dan networking kita berterusan."

Wow. No wonder semua orang yang mengenali beliau mengatakan PR beliau adalah first class.

Terima kasih bonda atas teguran dan ilmu yang diberi.

Sehingga hari ini saya masih mengamalkannya, walaupun sesibuk mana. Kadangkala terlepas juga

Contact dan Networking is KING.

Terima kasih. Moga terus menyampaikan ilmu kepada masyarakat yang dahagakan ilmu dan tunjuk ajar dari orang sehebat bonda.

TIPS Business card dari saya:

1) Mohon izin untuk dapatkan.

2) Mohon izin untuk memberi. Jangan terus beri. Tak semua orang sudi terima kad kita.

3) Baca sedikit kad, dan komen sedikit contohnya, "oh pejabatnya di kota damansara ya?" sebelum simpan.

4) Kalau bincang dalam meeting selepas bertukar kad, elok letak di atas meja untuk rujukan nama dan tugas.

5) Janganlah kutuk rupa dan design card orang.

6) Yang terbaharu saya belajar dari Datuk, balik tu, mesejlah cakap terima kasih

Feel free to add 

kredit: Azmil Abrar

No comments:

Post a Comment