Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Wednesday, February 17, 2016

Faiz Subri : Tendangan Melanggar Hukum Fizik ?



Gol luar biasa penyerang Pulau Pinang, Faiz Subri terus dibincangkan di seluruh dunia walaupun sudah dua hari gol jaringan tersebut berlaku. Faiz telah membawa Liga Malaysia khususnya Pulau Pinang terkenal di serata dunia.

Apa kata kita kenali Faiz Subri dengan lebih dekat lagi ?


1) Faiz Subri dilahrikan pada 8 November 1987 d Ayer Hitam, Kedah. Bermula dengan skuad Piala Presiden Kedah, Faiz kemudiannya bermain dengan pasukan KSK Tambung Tulang di Perlis sebelum menyertai skuad Perlis pada tahun 2011.

2) Pemain ini kemudiannya berhijrah ke T-Team selama setahun sebelum seterusnya menyarung jersi Kelantan, Terengganu dan akhirnya tahun lalu, dia mula mewakili Pulau Pinang. Di Kelantan dan Terengganu, Faiz lebih kerap diturunkan sebagai pemain sayap sebelum Ketua Jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F Tiago mula melihat potensinya sebagai penyerang.

3) Pernah dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan pada 2012 dan 2013 di bawah kendalian Datuk K.Rajagobal. Namanya kemudiannya sepi dari skuad Harimau Malaya sebelum dipanggil oleh Dollah Salleh tahun lalu. Menariknya, ketika panggilan tersebut dibuat, Faiz yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan sedang berbulan madu di Langkawi. Dia kemudiannya memendekkan tempoh percutiannya dan terus ke Wisma FAM di Kelana Jaya.

4) Sepakan percuma yang disempurnakannya ketika membantu Pulau Pinang membenam Pahang sememangnya telah mencetuskan fenomena sehinggakan ramai yang berpendapat gol tersebut layak dicalonkan dalam Anugerah Puskas.

5) Faiz sebenarnya tidak asing dalam menjaringkan gol-gol cantik. Sebelum ini ketika bertemu T-Team, dia pernah menghasilkan gol cantik ketika menewaskan Sarawak.

Begitu juga ketika bersama-sama dengan Kelantan. Sepakan jarak jauh sememangnya kekuatan buat pemain berusia 28 tahun ini.

6) Faiz memakai Adidas F50 AdiZero ketika bermain menentang Pahang. Anda boleh mendapatkannya bersama-sama dengan stoking, seluar dan jersi yang dipakainya dengan membuat bidaan yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Pulau Pinang. Ia dibuka dengan harga RM 100,000.

7) Memenangi Piala FA bersama Kelantan pada 2013. Faiz bagaimanapun sekadar menjadi pemain simpanan yang tidak diturunkan pada aksi final.

8) Faiz dilaporkan akan berlatih mengambil sepakan percuma selepas tamat sesi latihan dan ini diakui sendiri jurulatih dan pengurus pasukan Pulau Pinang.

9) Ketika diminta memberi komen tentang golnya yang lebih cantik berbanding gol Roberto Carlos, dia menjawab; “Roberto Carlos ialah lageda. Mana mungkin untuk membandingkannya”.

Faiz kini sedang bersiap sedia bersama Pulau Pinang untuk kempen pusingan kedua Piala FA dimana lawan yang akan dihadapinya pada Sabtu ini ialah pasukan Kuantan FA.

kredit: duniasukan





No comments:

Post a Comment