Thursday, February 25, 2016

Doktor Sekarang Sombong ?



Kemarin saya pegi ke sebuah klinik untuk buat prosedur untuk orang yang sihat la. Jadi memang takde sebab untuk doktor buat pemeriksaan.

Tapi yang saya kecik hati, doktor tu langsung tak bercakap, tak tanya khabar pun apa lagi nak terangkan pasal prosedur tu. (masa daftar saya bagi ic je, kat ic tak tulis pekerjaan kan? tapi tak tau la kalau dari no ic tu dia boleh tahu semua maklumat.. ohhh seram).


Saya nak tanya apa-apa pun takut, apatah lagi orang lain. Sikap segelintir doktor yang macam ni menimbulkan miscommunication atau salah faham antara netizen dengan anggota kesihatan & saya rasa sebab itulah orang lagi suka tanya 'doktor' kat google atau FB sebab mereka suka nak menolong walaupun kadang2 maklumat yang disampaikan boleh misleading.

Jadi, nak salahkan siapa?

Ringankan mulut at least tanya khabar & cuba terangkan apa yang berlaku secara ringkas tapi padat. Walaupun ambil darah adalah prosedur yang simple, tapi pesakit berhak tahu risiko keradangan atau berlaku jangkitan pada salur darah tu ada.

Saya bukannya baik sangat, tapi sekurang2 bila pesakit jumpa kita dia rasa semua pertanyaan dia terjawab & yang pastikan perkara pertama perlu dibuat ialah buat pesakit rasa selesa.

Just my 2 cent.

kredit: Fyda Noh