Cara Pagar Rumah Paling POWER ?


Cara Pagar Rumah,Kedai,dan Perjabat :

Assalamualaikum,,atas permintaan ramai yang ingin mengatahui cara-cara pagar rumah,kedai dan perjabat dengan ini saya kongsikan sekali lagi.Mudah-mudahan memberi mafaat kepada kita semua..Insya Allah.

Anda baru beli rumah,baru masuk rumah sewa, rumah yang ada duduki selama ini tiba-tiba rasa seakan ada mkhluk lain yang cuba menganggu, ahli keluarga anda selalu mengadu tidak boleh tidur, ditindih atau nampak sesuatu atau anda rasa suasana dalam rumah anda tidak seperti sebelumnya. Pertama sekali pastikan rumah anda bebas tangkal, tak kiralah pelaris ke, ibu duit ke, minyak pengasih ke, sila kumpulkan dan musnahkan terlebih dahulu. Musnahkan barang-barang tersebut dengan air yasin selama 1 hari diluar rumah. Kemudian anda boleh bungkus masuk dalam plastik dan ditanam, dibakar atau dibuang ke sungai yang jauh dari kawasan rumah.

1.Buka semua pintu depan,belakang,pintu bilik dan pintu bilik air Rumah.
2.Ambil Air Sembayang
3.Hamparkan sejadah ditengah2 rumah.
4.Azan .
5.Solat Hajat 2 rakaat (selesai solat memperbayakan berzikir dan berdoa)
6.Selesai Solat Tutup semua pintu yang telah dibuka tadi.
7.Sebaiknya lakukan pada waktu magrib iaitu pertukaran siang ke malam.

NOTE:
Apa pun pagar yang anda ikhtiarkan, yang paling utama sekali ialah penghuni rumah tersebut. Anda haruslah menjaga suasana kerohanian didalam rumah. Hidupkan suasana rumah anda dengan solat, mengaji, zikir, ibadah seluruh isi keluarga dengan ikhlas sepenuh pengharapan pada Allah SWT. Jadilah rumah anda sebagai rumah orang Islam, buang semua gambar2 artis yang ada didinding, buang tangkal-tangkal azimat,buang patung-patung yang menyerupai makhluk bernyawa, elakkan perkara berunsur zina dalam rumah dan kurangkan dimain muzik-muzik yang melalaikan. Inilah antara punca rosaknya suasana kerohanian didalam rumah sehingga anda sendiri yang sebenarnya membuka ruang yang besar dengan dibentang karpet merah berserta bunga api bagi mengalu-alukan kehadiran syaitan memasuki rumah anda. Jaga hubungan kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan jaga kita, Wallahualam, .Insya Allah.

Jangan tinggal kan Amalan ini kerana rumah yang sentiasa dilaungkan azan dan membaca suruh Al-Baqarah syaitan@jin tidak berani masuk.




Comments

Popular Posts